[KEMASKINI] PAS mahu jadi kerajaan di Selangor?

[KEMASKINI] PAS mahu jadi kerajaan di Selangor? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KEMASKINI] PAS mahu jadi kerajaan di Selangor?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KEMASKINI] PAS mahu jadi kerajaan di Selangor?
link : [KEMASKINI] PAS mahu jadi kerajaan di Selangor?

Baca juga


[KEMASKINI] PAS mahu jadi kerajaan di Selangor?

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru rakyat Selangor untuk memilih parti yang bercirikan dan mengamalkan ajaran Islam, sekaligus dapat menjadi contoh kepada negeri lain.
 
Sehubungan itu katanya, sekiranya PAS dipilih untuk menjadi kerajaan, parti itu komited untuk berlaku adil kepada semua kaum di negeri ini.
 
“Negeri Selangor perlu menjadi contoh, kita harap rakyat Selangor mesti memilih kepimpinan Islam.
 
“Orang Islam yang memimpin dahulu. Biar orang Islam ke depan. Pilih calon-calon Islam yang boleh menegakkan ajaran Islam.
 
“Kita mesti faham, bukan kita membelakangkan orang-orang bukan Islam, kewajipan kita adil terhadap semua, berdosa kalau kita tidak berlaku adil terhadap orang bukan Islam,” katanya ketika berucap di Himpunan Fastaqim 2.4 dan pelancaran jentera pilihan raya PAS Selangor di Stadium JKR Seksyen 17, hari ini.
 
Justeru ujarnya, menjadi kewajipan umat Islam untuk mengutamakan Islam terlebih dahulu dan berjuang untuk memilih kerajaan yang berlaku adil kepada semua.
 
Ditanya berkenaan peruntukan ADUN parti itu di Selangor yang didakwa dibekukan, Ahli Parlimen Marang itu walau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut.
 
Sebaliknya meminta supaya mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
 
Itu kena tanya MB Selangor. Soalan ini jangan tanya saya, dia yang buat kerja kena tanya dia," tambahnya.
 
Pimpinan PAS Selangor sebelum ini mengesahkan 13 wakil rakyatnya di Selangor belum memperolehi peruntukan daripada kerajaan negeri, sekali gus memaksa sesetengah program mereka terpaksa dibatalkan atau dibiayai dengan wang persendirian mereka. 
 
Dalam pada itu, Hadi dalam ucapannya turut menyeru golongan muda agar tidak memandang remeh dan tidak mengundi pada PRU14 akan datang.
 
"Malangnya hari ini ramai kalangan umat Islam anak muda dan lain-lain menganggap undi dan pilihanraya tidak penting dan tidak mustahak. 
 
"Tidak mahu daftar taknak keluar undi. Serupa saja parti mana atau apa pun. Ini adalah satu anggapan salah bertentangan dengan agama islam," tambahnya.
 
PRU14 perlu diadakan sebelum Ogos 2018. 
 
Angka yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Dewan Rakyat pada sesi lalu menunjukkan terdapat 3.8 juta rakyat, kebanyakannya berumur 21 tahun, yang masih belum mendaftar sebagai pengundi setakat 31 Mac.
 
Untuk rekod, pada pilihan raya umum yang lalu, BN mendapat 4.315 juta undi atau 46% undi popular manakala pembangkang meraih 5.035 juta undi atau 53.5% undi popular.
 
 


[KEMASKINI] PAS mahu jadi kerajaan di Selangor?

Sekianlah artikel [KEMASKINI] PAS mahu jadi kerajaan di Selangor? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca [KEMASKINI] PAS mahu jadi kerajaan di Selangor? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/kemaskini-pas-mahu-jadi-kerajaan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[KEMASKINI] PAS mahu jadi kerajaan di Selangor?"

Posting Komentar