Jawatankuasa khas kaji undang-undang baharu kekang berita palsu

Jawatankuasa khas kaji undang-undang baharu kekang berita palsu - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jawatankuasa khas kaji undang-undang baharu kekang berita palsu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jawatankuasa khas kaji undang-undang baharu kekang berita palsu
link : Jawatankuasa khas kaji undang-undang baharu kekang berita palsu

Baca juga


Jawatankuasa khas kaji undang-undang baharu kekang berita palsu

THE MALAYSIAN TIMES



PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baharu untuk membendung berita palsu yang boleh mengancam kestabilan politik, menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Menteri dii Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata jawatankuasa itu bermesyuarat buat kali pertama minggu lepas dengan dihadiri wakil Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga bersetuju supaya jawatankuasa itu turut disertai badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan serta Anggota Parlimen.

“Ini bagi memastikan usaha kerajaan dalam menangani isu ini mendapat sokongan pelbagai pihak dan melalui proses perundingan bersama-sama semua pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa khas itu akan mengkaji undang-undang yang berkaitan dan peruntukan dalam undang-undang baharu untuk pertimbangan Kabinet.

Azalina berkata kerajaan juga berharap undang-undang baharu itu boleh dibawa ke Parlimen pada sesi yang akan datang.
 
Buat masa ini, katanya, terdapat beberapa akta berkaitan isu itu seperti Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang diperkenalkan sejak 30 tahun lepas.

“Oleh itu, wajar bagi kerajaan meneliti sama ada peruntukan sedia ada masih boleh diguna pakai untuk menangani ancaman baharu yang bukan sahaja diterbitkan dalam bentuk cetakan dan penyiaran malah dalam platform media dalam talian,” katanya.

Beliau berkata langkah baharu untuk menangani penularan berita palsu perlu diambil supaya orang ramai lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan, menyebarkan dan berkongsi berita tidak sahih serta memastikan keselamatan negara terus dipelihara.

Pada Ahad lepas, Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan undang-undang bagi mengekang berita palsu, susulan langkah beberapa negara memperkenalkan undang-undang serupa.

Menurut laporan media, Perdana Menteri Britain Theresa May mahu menubuhkan sebuah unit baharu bagi meningkatkan usaha menangani penyebaran berita palsu dan menghalang kempen penyaluran maklumat tidak betul oleh negara lain.

Sebelum ini, Presiden Perancis Emmanuel Macron dilaporkan berkata mahu memperkenalkan satu undang-undang baharu yang mengharamkan berita palsu di internet ketika kempen pilihan raya negara itu berlangsung.



Jawatankuasa khas kaji undang-undang baharu kekang berita palsu

Sekianlah artikel Jawatankuasa khas kaji undang-undang baharu kekang berita palsu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Jawatankuasa khas kaji undang-undang baharu kekang berita palsu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/jawatankuasa-khas-kaji-undang-undang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jawatankuasa khas kaji undang-undang baharu kekang berita palsu"

Posting Komentar