JAWATAN MUHYIDDIN SEBAGAI PM DIRAMPAS MAHATHIR...INI KENYATAAN BENAR

JAWATAN MUHYIDDIN SEBAGAI PM DIRAMPAS MAHATHIR...INI KENYATAAN BENAR - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JAWATAN MUHYIDDIN SEBAGAI PM DIRAMPAS MAHATHIR...INI KENYATAAN BENAR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JAWATAN MUHYIDDIN SEBAGAI PM DIRAMPAS MAHATHIR...INI KENYATAAN BENAR
link : JAWATAN MUHYIDDIN SEBAGAI PM DIRAMPAS MAHATHIR...INI KENYATAAN BENAR

Baca juga


JAWATAN MUHYIDDIN SEBAGAI PM DIRAMPAS MAHATHIR...INI KENYATAAN BENAR

Bekas Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sahaja tidak bersetuju Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai parti malah tidak menyangka Pakatan Harapan diketuai DAP akan memilih pengerusi parti itu sebagai calon Perdana Menteri sementara bagi gabungan parti mereka.

Ini kerana jelasnya, pada peringkat awal penubuhan PPBM, Muhyiddin mencadangkan Dr. Mahathir dilantik sebagai penasihat parti yang tidak mempunyai kuasa politik namun sebaliknya berlaku sehingga bekas Perdana Menteri itu berjaya merampas PPBM dan Pakatan Harapan sekali gus membolehkannya dilantik sebagai calon Perdana Menteri sementara.

“Kehadiran Dr. Mahathir dalam PPBM adalah sebagai bonus dan barisan kepemimpinan parti tidak pernah menyatakan bahawa beliau adalah calon Perdana Menteri. Tiba-tiba perkara itu terjadi dan beliau bukan sahaja hijack (rampas) PPBM tetapi turut melakukan perkara sama kepada Pakatan Harapan.

“Barisan kepemimpinan juga tidak pernah berbincang tentang siapa sepatutnya dilantik sebagai Perdana Menteri kerana perjuangan asal adalah untuk mengubah perkara yang kita nampak tidak betul yang dilakukan kerajaan memerintah,” kata­nya selepas Forum Emperical Talk di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Kamarul Azman me­nya­takan bahawa par­ti PPBM mengetahui hasrat Muhyiddin yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri ke­rana beliau merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri dan lebih berpengalaman berban­ding barisan ke­pe­­mimpinan yang lain­ se­­lain Dr. Mahathir.

Malah, jelasnya, barisan kepemimpinan juga merasakan Muhyiddin sebagai orang yang layak diketengahkan namun pengerusi parti itu mempunyai pandangan berbeza.

“Mungkin dia (Muhyiddin), saya rasa semua orang pernah berada di kedudukan nombor dua akan bercita-cita untuk menjadi nombor satu, jadi ketika itu Majlis Pimpinan Ter­tinggi PPBM nampak be­liaulah yang layak.

“Tetapi mungkin Dr. Mahathir merasakan Muhyiddin tidak sesuai dan dia perlu mencari individu lain, kalau tidak jumpa orang lain dia sendiri yang patut jadi. Tetapi pada usia 93 tahun, adakah rakyat Malaysia perlu memperjudikan nasib jutaan yang lain kerana nostalgia dia sebagai bekas Perdana Menteri?,” ujarnya.

Pada 7 Januari lalu, Pakatan Harapan diketuai DAP mengumumkan pemilihan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan sekiranya gabungan parti itu berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Dalam pada itu, ketika disoal tentang keyakinan Pakatan Harapan untuk menawan Negeri Sembilan, Kamarul Azman memberitahu, hasrat gabungan parti itu tidak mungkin tercapai disebabkan ketiadaan mekanisme serta idea yang jitu untuk mentadbir negeri.

Malah katanya, rakyat juga sudah bosan dengan dakyah serta fitnah yang dilemparkan barisan kepemimpinan PPBM terhadap kerajaan memerintah.


JAWATAN MUHYIDDIN SEBAGAI PM DIRAMPAS MAHATHIR...INI KENYATAAN BENAR

Sekianlah artikel JAWATAN MUHYIDDIN SEBAGAI PM DIRAMPAS MAHATHIR...INI KENYATAAN BENAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca JAWATAN MUHYIDDIN SEBAGAI PM DIRAMPAS MAHATHIR...INI KENYATAAN BENAR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/jawatan-muhyiddin-sebagai-pm-dirampas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "JAWATAN MUHYIDDIN SEBAGAI PM DIRAMPAS MAHATHIR...INI KENYATAAN BENAR"

Posting Komentar