Husam dakwa senarai agihan kerusi DUN Kelantan 'palsu'

Husam dakwa senarai agihan kerusi DUN Kelantan 'palsu' - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Husam dakwa senarai agihan kerusi DUN Kelantan 'palsu', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Husam dakwa senarai agihan kerusi DUN Kelantan 'palsu'
link : Husam dakwa senarai agihan kerusi DUN Kelantan 'palsu'

Baca juga


Husam dakwa senarai agihan kerusi DUN Kelantan 'palsu'

KOTA BHARU: Pakatan Harapan (PH) Kelantan belum memuktamadkan agihan kerusi di kesemua 45 DUN untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusinya, Datuk Husam Musa berkata pihaknya belum selesai berbuat demikian seraya menafikan senarai pembahagian kerusi antara parti komponennya yang tersebar di media sosial Facebook serta aplikasi WhatsApp sejak semalam.

“Ini bukan senarai kita. Mungkin direka,” katanya menerusi WhatsApp dipetik Utusan Online.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut perkara tersebut.

Sementara itu, Pengerusi PPBM negeri, Datuk Kamaruddin Mohd. Nor turut mengulas ringkas dengan berkata, rundingan rasmi berkaitan pembahagian kerusi DUN Kelantan antara parti-parti gabungan belum selesai.

“Bila dah selesai nanti kita umumkan. Takkan lari gunung dikejar,” katanya.

Berdasarkan senarai pembahagian kerusi 'palsu' yang tersebar di media sosial tersebut, Amanah ditugaskan menerajui misi PH menerobos kubu kuat PAS apabila diberi kepercayaan bertanding di 24 kerusi DUN.

Sementara itu PPBM diperuntukkan 12 kerusi DUN manakala parti paling senior, PKR hanya diperuntukkan lapan kerusi DUN.

DAP pula turut diberi peluang bertanding di satu kerusi, iaitu DUN Kota Lama.

Untuk rekod, PAS memenangi 32 kerusi DUN dalam PRU13 namun hilang satu kerusi iaitu DUN Salor selepas Husam dipecat daripada parti itu dan menyertai Amanah.

BN memenangi 12 kerusi DUN manakala PKR menang satu kerusi DUN. 


Husam dakwa senarai agihan kerusi DUN Kelantan 'palsu'

Sekianlah artikel Husam dakwa senarai agihan kerusi DUN Kelantan 'palsu' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Husam dakwa senarai agihan kerusi DUN Kelantan 'palsu' linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/husam-dakwa-senarai-agihan-kerusi-dun.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Husam dakwa senarai agihan kerusi DUN Kelantan 'palsu'"

Posting Komentar