Judul : Cermin Dulu Parti Mereka Sebelum Tampil Hadkan Tempoh Pentadbiran PM
link : Cermin Dulu Parti Mereka Sebelum Tampil Hadkan Tempoh Pentadbiran PM
Cermin Dulu Parti Mereka Sebelum Tampil Hadkan Tempoh Pentadbiran PM
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan menasihatkan pakatan pembangkang untuk melahirkan dahulu pemimpin pelapis di dalam parti masing-masing sebelum tampil memberikan cadangan untuk menghadkan jawatan Perdana Menteri selama dua penggal.
Tambahnya, cadangan yang dikemukakan oleh anak kepada bekas Perdana Menteri yang telah berkuasa selama 22 tahun namun masih bernafsu untuk menjadi lagi PM sekiranya pakatan baru disertainya itu berkuasa selepas PRU14, seolah-olah menbuktikan bahawa pakatan ini gagal menyerlahkan pemimpin pelapis yang berwibawa untuk diketengahkan sebagai calon PM.
Dalam masa yang sama, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah menyifatkan pakatan pembangkang ini sekadar sebuah parti yang hanya tahu mengeluarkan kenyataan populis tapi tiada perlaksanaan, jauh sekali memberikan perkhidmatan terbaik dalam membela rakyat.
“Nasihat saya kepada mereka, bersihkan dahulu rumah anda sebelum nak keluarkan kenyataan populis anda, jangan nampak kebodohan mengeluarkan kenyataan, sehingga tak nampak dan tak paham apa yang mereka sendiri cadangkan atau perjuangkan.
“Nak tanya, calon PM pakatan tu sudah berapa lama menjadi PM, adakah dia sudah terlupa berapa lama dia memerintah sebelum ini,” tambahnya yang juga Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO.
Terdahulu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, Pakatan Harapan (HARAPAN) bercadang mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada hanya dua penggal selain mengasingkan jawatan kenteri kewangan daripada portfolio perdana menteri.
Cadangan itu merupakan antara manifesto pakatan pembangkang sekiranya memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14. -MediaUMNO
Cermin Dulu Parti Mereka Sebelum Tampil Hadkan Tempoh Pentadbiran PM
Sekianlah artikel Cermin Dulu Parti Mereka Sebelum Tampil Hadkan Tempoh Pentadbiran PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Cermin Dulu Parti Mereka Sebelum Tampil Hadkan Tempoh Pentadbiran PM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/cermin-dulu-parti-mereka-sebelum-tampil.html
0 Response to "Cermin Dulu Parti Mereka Sebelum Tampil Hadkan Tempoh Pentadbiran PM"
Posting Komentar