RCI KERUGIAN FOREX BANK NEGARA, PEGUAM MAHATHIR SENTAP DISURUH DUDUK

RCI KERUGIAN FOREX BANK NEGARA, PEGUAM MAHATHIR SENTAP DISURUH DUDUK - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RCI KERUGIAN FOREX BANK NEGARA, PEGUAM MAHATHIR SENTAP DISURUH DUDUK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RCI KERUGIAN FOREX BANK NEGARA, PEGUAM MAHATHIR SENTAP DISURUH DUDUK
link : RCI KERUGIAN FOREX BANK NEGARA, PEGUAM MAHATHIR SENTAP DISURUH DUDUK

Baca juga


RCI KERUGIAN FOREX BANK NEGARA, PEGUAM MAHATHIR SENTAP DISURUH DUDUK

ISU kerugian Bank Negara Malaysia(BNM) akibat kegiatan perdagangan mata wang asing dianggarkan kira-kira AS$10 bilion (RM44 bilion) sekitar 1990-an merupakan perkara yang bakal membongkar banyak perkara berkenaan salahlaku dalam urus tadbir bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tindakan peguam Mahathir , Mohamed Haniff Khathri Abdulla mahu mendapatkan  salinan dokumen dan senarai saksi berkaitan RCI dilihat sebagai gopoh dan penuh muslihat. Beliau mendakwa kononnya  salinan dokumen dan senarai saksi tersebut bertujuan untuk memberi laluan kepada pasukan peguamnya membantu suruhanjaya berkenaan.

Budak darjah satu pun tahu bahawa perkara tersebut tidak benar sama sekali. Pasukan peguam Mahathir sudah tentu akan menggunakan salinan dokumen dan senarai saksi berkaitan RCI tersebut untuk menyelamatkan Mahathir atau lebih tepat lagi mereka berkemungkinan akan menganggu bukti-bukti dan saksi-saksi.

RCI tersebut dengan tegas mengarahkan peguam Mahathir supaya duduk. Ramai berpendapat permintaan peguam ini bertujuan untuk  mengagalkan RCI kerugian forex Bank Negara itu. Seorang anggota panel suruhanjaya, iaitu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said bertanya kepada Haniff bagaimana peguam itu dapat membantu jika mereka diberi salinan dokumen berkenaan.

Haniff kemudian menjelaskan bahawa, dokumen-dokumen itu penting bagi pasukan peguamnya untuk merangka soalan-soalan yang relevan terhadap para saksi. Dengan kata lain, dakwaan salinan dokumen dan senarai saksi berkaitan RCI  boleh membantu suruhanjaya tersebut adalah pembohongan semata-mata.

“Kalau begitu, kamu tunggu apa yang saksi akan cakapkan. Duduklah, kami mahu teruskan (sesi pendengaran),” kata Kamaludin sambil meninggikan suaranya.
RCI ini dibentuk untuk menyiasat kerugian Bank Negara dan implikasinya ke atas ekonomi negara ketika pentadbiran Mahathir sebagai PM. Disamping itu juga, ianya bakal membongkar  sama ada Bank Negara terbabit dalam aktiviti forex yang melanggar Ordinan Bank Pusat 1958 atau undang-undang lain berkaitan.

Suruhanjaya ini juga akan menentukan sama ada wujud percubaan untuk menyembunyikan fakta dan maklumat mengenai isu berkenaan dan akan mengesyorkan tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Sudah sampai masanya perkara ini didedahkan kepada rakyat agar mereka dapat melihat wajah sebenar Mahathir. Tambahan pula kerugian Forex Bank Negara ini membabitkan wang rakyat maka mereka berhak mengetahui kedudukan sebenar perkara ini.


RCI KERUGIAN FOREX BANK NEGARA, PEGUAM MAHATHIR SENTAP DISURUH DUDUK

Sekianlah artikel RCI KERUGIAN FOREX BANK NEGARA, PEGUAM MAHATHIR SENTAP DISURUH DUDUK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca RCI KERUGIAN FOREX BANK NEGARA, PEGUAM MAHATHIR SENTAP DISURUH DUDUK linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/08/rci-kerugian-forex-bank-negara-peguam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "RCI KERUGIAN FOREX BANK NEGARA, PEGUAM MAHATHIR SENTAP DISURUH DUDUK"

Posting Komentar