Betapa Hinanya Mahathir Di Mata DAP

Betapa Hinanya Mahathir Di Mata DAP - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Betapa Hinanya Mahathir Di Mata DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Betapa Hinanya Mahathir Di Mata DAP
link : Betapa Hinanya Mahathir Di Mata DAP

Baca juga


Betapa Hinanya Mahathir Di Mata DAP

KUALA LUMPUR – “Maka jelaslah betapa sangat hinanya Tun Dr. Mahathir Mohamad di mata DAP dan betapa DAP sebenarnya hanya mahu mempergunakan Mahathir sebagai alat.”
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata demikian dengan merujuk kepada satu artikel yang disiarkan dalam media rasmi DAP baru-baru ini.

Menurut beliau, artikel itu membayangkan DAP mesti menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan apa cara sekali pun walaupun terpaksa mengusung mantan diktator tua atau si mahafiraun yang dibenci.

“Bila akhbar rasmi DAP sendiri menyifatkan Mahathir sebagai “mantan diktator tua” dan “si mahafiraun yang kita benci” maka jelaslah betapa sangat hinanya Mahathir di mata DAP dan betapa DAP sebenarnya hanya mahu mempergunakannya.

“Dengan penghinaan sebegini teruk ditunjukkan DAP terhadap Mahathir, tidak sukar untuk diagak ke mana Mahathir akan dilemparkan nanti setelah DAP mencapai hajat yang ia mahukan dari beliau,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Mahathir keluar daripada UMNO pada Februari 2016 selepas pelbagai usaha yang dilakukannya untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada kerusi Presiden UMNO menemui jalan buntu.

Beliau dipercayai bertindak demikian gara-gara tidak berpuas hati apabila beberapa kepentingan peribadi dan kroninya tidak dipenuhi oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN).

Kemuncak kemarahan Mahathir terhadap UMNO apabila Datuk Seri Mukhriz tersingkir daripada jawatan Menteri Besar Kedah berikutan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk PAS hilang kepercayaan terhadap anak lelakinya itu.

Mahathir seterusnya menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin bersama anaknya serta orang kanan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum dipancing oleh DAP untuk menyertai Pakatan Harapan.

Sejak itu Mahathir, Mukhriz, Muhyiddin dan parti baru mereka dipergunakan oleh DAP dan parti Pakatan Harapan yang lain untuk menghasut orang Melayu khusunya dikampung-kampung supaya menyokong pembangkang.


Betapa Hinanya Mahathir Di Mata DAP

Sekianlah artikel Betapa Hinanya Mahathir Di Mata DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Betapa Hinanya Mahathir Di Mata DAP linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/betapa-hinanya-mahathir-di-mata-dap.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Betapa Hinanya Mahathir Di Mata DAP"

Posting Komentar