Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia

Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia
link : Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia

Baca juga


Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia

Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia. Syarikat yang terkait skandal terbaru Felda minggu lalu membuat kejutan apabila dengan suka rela menyerahkan semula tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang diterimanya daripada agensi itu dalam uru niaga meragukan lebih dua tahun lalu.

Penyerahan semula tanah itu tidak menyelesaikan isu sebaliknya menimbulkan banyak persoalan daripada pengkritik Felda seperti Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), pertubuhan yang mewakili generasi kedua dan ketiga Felda.

Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia. Hakmilik ke atas 16 lot tanah bernilai RM270 juta itu sebelumnya dipindahmilik oleh Felda kepada Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB). Syarikat itu dilantik oleh Felda Investment Corporation (FIC) untuk membangunkan projek hartanah Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di atas tanah tersebut.

Pakar undang-undang menganggap urus niaga melibatkan tanah berkenaan mencurigakan kerana lazimnya pemaju membangunkan projek sementara hak milik kekal pada tuan tanah yang asal.

Felda tidak menerima satu sen pun daripada pindah milik tanah tersebut.

Selepas beberapa laporan polis dibuat dan selepas kerajaan mengumumkan siasatan menyeluruh ke atas pindahmilik tanah tersebut, SPSB minggu mengembalikan hakmilik tanah itu kepada Felda tanpa sebarang kos.

Namun, masih ada beberapa persoalan yang tidak terjawab:

* Apakah akan ada apa-apa tindakan?

Ini kerana, menurut Pengerusi Felda, Shahrir Samad, pindah milik tanah itu dalam pengetahuan dan diluluskan oleh ahli lembaga pengarah Felda dan pegawai anak syarikatnya, FIC.

Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia


Namun pengkritik juga menegaskan pegawai kanan kerajaan sepatutnya maklum tentang pindah milik yang dibuat memandangkan Felda sebuah agensi penting dan tanah berkenaan milik kerajaan.

Sejak awal lagi, Shahrir berkata ada unsur-unsur penipuan dalam urusan tanah berkenaan dan membuat laporan polis.

Sehingga hari ini, polis sudah mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk Mohd Isa Samad, pengerusi Felda ketika urusniaga tanah itu berlaku.

Shahrir berkata polis akan meneruskan siasatannya walaupun Felda sudah dapat tanahnya kembali.

* Siapa Abd Rahman Soltan dan Noraini Soltan?

Rafizi mendedahkan dua individu ini adalah pemilik berdaftar SPSB berdasarkan penyata kewangan syarikat pada 2015 yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada Oktober 2017.

Dua individu itu masing-masing memiliki saham bernilai sehingga RM7.5 juta dengan syarikat setakat Disember 2015.

Syarikat yang tidak begitu diketahui latar belakangnya itu memiliki harta berdaftar seperti sebuah kereta mewah bernilai lebih kurang RM615,000, komputer bernilai RM9,000 dan peralatan pejabat bernilai RM13,000, kata Rafizi merujuk pada penyata kewangannya.

Dokumen itu juga menunjukkan kedua-dua pengarah syarikat itu mempunyai lebih kurang RM100 juta simpanan dalam Tabung Haji dan sebuah bank.

* Bagaimana SPSB, sebuah syarikat pemaju yang tidak terkenal, boleh dapat pindahmilik tanah itu? Bagaimana ia dapat projek yang gah seperti KLVC?

Rafizi mendakwa rekod SPSB menunjukkan syarikat itu tidak mendaftarkan mana-mana tanah sebagai asetnya. Tetapi ia ada simpanan tunai RM100 juta dengan Tabung Haji dan bank.

Rafizi mempersoalkan sama ada pengarah SPSB telah memindahkan hak milik tanah Jalan Semarak itu kepada mereka sendiri dan menggunakannya sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman bank sebanyak RM100 juta.

* Kenapa Felda masih berurusan dengan SPSB?

Menurut Shahrir, projek KLVC akan diteruskan walaupun berdepan dengan siasatan polis. Katanya, syarat-syarat projek itu akan dirunding semula.

Di bawah perjanjian sekarang, Felda akan dapat jaminan pulangan RM500 juta atau 10% daripada nilai kasar pembangunan projek, yang mana satu lebih tinggi.

Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia


Tetapi Presiden Anak Mazlan Aliman mempersoalkan kenapa Felda masih berurusan dengan SPSB?

Syarikat itu didakwa menyalahgunakan surat kuasa penuh yang diberikan kepadanya – ketika ia dilantik sebagai pemaju KLVC – untuk menukar hak milik tanah itu kepada syarikat itu sendiri.

Menurut Mazlan, walaupun SPSB mengembalikan tanah itu dengan sukarela, kenapa Felda masih mahu terus terlibat dengan syarikat itu?

* Adakah rakyat Malaysia akan tahu apa yang sebenarnya berlaku?

Perdana Menteri Najib Razak memberi jaminan kerajaan akan menyiasat skandal ini dengan menyeluruh. Katanya, satu audit forensik akan dijalankan bagi menentukan bagaimana tanah itu boleh ditukar hakmiliknya.

Namun PKR mempersoalkan apakah siasatan itu akan mengulangi jadi "satu lagi 1MDB".

Ketua Audit Negara sudah menyiasat syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sarat menanggung hutang namun siasatan itu kemudiannya diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Semalam, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali gagal dalam usahanya mendapatkan perintah mahkamah supaya kerajaan mendedahkan hasil siasatan audit ke atas 1MDB itu.

Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia. Sekiranya siasatan ke atas isu tanah Jalan Semarak ini selesai nanti, apakah rakyat Malaysia akan tahu apa sebenarnya yang terjadi? – the malaysian insight






Iklan
Image
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia

Sekianlah artikel Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/berita-menggemparkan-seluruh-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia"

Posting Komentar