Arab Saudi Naikkan Harga Petrol Hingga 126 Peratus

Arab Saudi Naikkan Harga Petrol Hingga 126 Peratus - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Arab Saudi Naikkan Harga Petrol Hingga 126 Peratus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Arab Saudi Naikkan Harga Petrol Hingga 126 Peratus
link : Arab Saudi Naikkan Harga Petrol Hingga 126 Peratus

Baca juga


Arab Saudi Naikkan Harga Petrol Hingga 126 Peratus

RIYADH – Arab Saudi yang juga antara negara pengeksport petroleum terbesar dunia hari ini, mengumumkan kenaikan harga runcit petrol tempatan antara 45 hingga 126 peratus.
Agensi berita kerajaan, SPA, melaporkan langkah itu bertujuan menjadikan penggunaan tenaga lebih efisien, sejajar pelan reformasi untuk rangsang sumber pendapatan negara tersebut daripada hanya bergantung kepada minyak.

Susulan pengumuman itu, minyak Ron 91 kini dijual pada harga 1.37 riyal (RM1.48) seliter, berbanding 0.75 riyal (RM0.81) sebelum ini manakala Ron 95 pada 2.04 riyal (RM2.21) seliter, daripada 0.90 riyal (RM0.98) sebelumnya.

Kerajaan negara terbesar rantau Asia Barat itu juga akan memperlahankan rancangan penghapusan subsidi terhadap pelbagai produk tenaga lain berdasarkan pelan fiskal jangka panjang baharu dalam bajet negara 2018.
Pada 20 Disember lalu, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud secara rasmi mengumumkan tarikh sasaran pemansuhan defisit bajet kerajaan dilanjutkan kembali sehingga tahun 2023, berbanding sasaran terdahulu iaitu pada 2020.

Ini bagi mengurangkan tekanan terhadap pertumbuhan ekonomi. Negara itu mengumumkan inisiatif reformasi meluas pada 2016 lalu, yang bertujuan meningkatkan tahap dan kualiti perkhidmatan yang disediakan kerajaan.

Ia disusun demi mencapai masa depan lebih kaya dengan pembangunan berdaya tahan termasuk kelonggaran dasar terhadap wanita apabila mula dibenarkan memandu kereta dan memasuki stadium selain pembukaan pawagam.

Ansuran tunai kebajikan ala Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk tiga juta keluarga miskin juga diperkenalkan serta pelaksanaan cukai kepenggunaan ala GST di 190 buah negara sebanyak lima peratus.


Arab Saudi Naikkan Harga Petrol Hingga 126 Peratus

Sekianlah artikel Arab Saudi Naikkan Harga Petrol Hingga 126 Peratus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Arab Saudi Naikkan Harga Petrol Hingga 126 Peratus linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/arab-saudi-naikkan-harga-petrol-hingga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Arab Saudi Naikkan Harga Petrol Hingga 126 Peratus"

Posting Komentar