Apa beza pelaburan China dan Arab Saudi...? - Pemuda UMNO

Apa beza pelaburan China dan Arab Saudi...? - Pemuda UMNO - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa beza pelaburan China dan Arab Saudi...? - Pemuda UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa beza pelaburan China dan Arab Saudi...? - Pemuda UMNO
link : Apa beza pelaburan China dan Arab Saudi...? - Pemuda UMNO

Baca juga


Apa beza pelaburan China dan Arab Saudi...? - Pemuda UMNO

Tumpuan China yang memberi pelaburan kepada Malaysia tidak seharusnya dipolitikkan kerana hubungan diplomatik dan perniagaan diantara dua negara itu sudah dijalinkan begitu lama.

Exco Pemuda UMNO, Shahril Hamdan berkata, Malaysia merupakan negara ASEAN pertama menjalin hubungan dua hala dengan China, iaitu ketika Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein membuka langkah pada 1974.

“Itu sebabnya tidak perlu isu pelaburan dengan China diperbesar-besarkan sedangkan negara kita sentiasa mengalu-alukan pelaburan dari pelbagai negara seperti Jepun, Arab Saudi, negara Eropah mahupun Amerika Syarikat.

"Saya tidak bersetuju dengan tuduhan pihak pembangkang kononnya kerajaan sedang menjual negara walhal China bukan pelabur utama dengan Malaysia yang hanya berada pada tangga keempat pelaburan terus asing (FDI).

“Jumlah pelaburan FDI dari China RM15 bilion, sementara jumlah stok FDI dari seluruh semua adalah RM558 bilion, maknanya tidak sampai tiga peratus jumlah pelaburan dari China berbanding daripada sumber-sumber lain.

“Data 2016, jumlah aliran FDI dari China dalam RM5.9 bilion, Singapura lebih tinggi RM7 bilion, tapi tidak pula kita kata jual negara kepada Singapura, tidak ada pula kita kata jual negara kepada Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam forum “Pelaburan China di Malaysia: Apa Isu Sebenarnya?” di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Rabu.

Antara lain yang menjadi panel adalah Penganalisis yang juga Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Madya Dr. Azmi Hassan , Konsultan Keselamatan dan Penyiasatan, Kapten (B) Rahmat Omar dan Pengarang Berita AgendaDaily.com, Helme Hanafi yang bertindak sebagai moderator.

Shahril turut menyokong kenyataan Azmi yang mengatakan pembangkang sengaja menjadikan China sebagai kambing hitam dan sengaja mahu memainkan sentimen perkauman bagi menakutkan rakyat di negara ini.

"Sindrom mengkambing hitam negara China ini atas faktor politik kerana mungkin mereka sengaja nak memainkan sentimen perkauman, kononnya kalau negara China jadi isu, kalau negara Arab tidak jadi isu.

“Saudi Aramco meletakkan pelaburan cukup besar di Pengerang tidak ada orang kata...tidak ada syarikat Bumiputera tidak dapat kerja, bermakna sengaja sentimen perkauman mereka mainkan, kononnya pakatan pembangkang ini lebih terbuka lebih liberal lebih progresif tapi sebenarnya adalah lebih kepada politik,” katanya.

Terdahulu, Azmi berkata, tindakan China yang menumpukan pelaburan ke Malaysia membuatkan pihak pembangkang menjadikan negara itu sebagai kambing hitam dengan menuduh ekonomi negara ini sedang dijajah.

"Pembangkang cuba melibatkan pelaburan dari China ke Malaysia kerana merasakan ia sasaran mudah untuk mereka memanipulasikan rakyat bagi menentang pihak kerajaan," katanya.


Apa beza pelaburan China dan Arab Saudi...? - Pemuda UMNO

Sekianlah artikel Apa beza pelaburan China dan Arab Saudi...? - Pemuda UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Apa beza pelaburan China dan Arab Saudi...? - Pemuda UMNO linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/01/apa-beza-pelaburan-china-dan-arab-saudi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Apa beza pelaburan China dan Arab Saudi...? - Pemuda UMNO"

Posting Komentar