Judul : Hishamuddin: Sistem Pertahanan Siber ATM Beroperasi Oktober Ini !
link : Hishamuddin: Sistem Pertahanan Siber ATM Beroperasi Oktober Ini !
Hishamuddin: Sistem Pertahanan Siber ATM Beroperasi Oktober Ini !
LANGKAWI: Sistem pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia akan beroperasi sepenuhnya Oktober ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Dibangunkan sejak 2 tahun lalu, katanya, ia merupakan antara sistem terbaik di Asia Tenggara dan bakal meningkatkan lagi kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ancaman siber.
Hishammuddin berkata, kecekapan sistem itu teruji apabila berjaya mematahkan beberapa serangan siber ketika masih dalam proses pembangunan.
Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai serangan itu berkata demikian selepas menyertai Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50): Masa Depan Pertahanan Negara, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, kementeriannya sedang memperhalusi 1 skim pencen untuk kira-kira 176,000 anggota tentera yang sudah bersara, namun tidak menerima pencen.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan skim baharu itu pada pelancaran sambutan Hari Pahlawan tahun ini.
Mengenai dialog itu, beliau berkata, peserta memberikan input bernas dan kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk memuktamadkan aspirasi TN50 dalam aspek pertahanan negara.
Dialog yang turut disertai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin itu melibatkan kira-kira 600 peserta merangkumi pelajar universiti, kepimpinan belia dan alumni Program Latihan Khidmat Negara. #sumber
Hishamuddin: Sistem Pertahanan Siber ATM Beroperasi Oktober Ini !
Sekianlah artikel Hishamuddin: Sistem Pertahanan Siber ATM Beroperasi Oktober Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Hishamuddin: Sistem Pertahanan Siber ATM Beroperasi Oktober Ini ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/hishamuddin-sistem-pertahanan-siber-atm.html
0 Response to "Hishamuddin: Sistem Pertahanan Siber ATM Beroperasi Oktober Ini !"
Posting Komentar