UMNO sahaja parti menjaga kesamarataan semua kaum

UMNO sahaja parti menjaga kesamarataan semua kaum - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO sahaja parti menjaga kesamarataan semua kaum, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO sahaja parti menjaga kesamarataan semua kaum
link : UMNO sahaja parti menjaga kesamarataan semua kaum

Baca juga


UMNO sahaja parti menjaga kesamarataan semua kaum

Hanya UMNO dan BN sahaja yang boleh meniup semangat kesamarataan, sementera yang lain hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu melaksanakannya.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, ia jelas diperlihat melalui pengorbanan yang wajar dilakukan oleh bangsa Melayu bagi menunjukkan kepada kaum bukan Melayu bahawa mereka adalah rakan setara dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

“Bagi memahami perjuangan UMNO, terlebih dahulu perlu memahami perjuangan kemerdekaan. Tidak seperti di kebanyakan negara-negara Asia yang lain, perjuangan kemerdekaan di Malaysia dilancarkan  secara aman tanpa sebarang pertumpahan darah yang mengambil masa 11 tahun proses perundingan dari tahun 1946 hingga 1957, dan UMNO memastikan supaya rundingan bukan sahaja membabitkan kaum Melayu tetapi juga memasukkan kaum Cina, India dan etnik lain.

“Bagi mencapai  apa yang dianggap sebagai satu susunan yang memberi faedah bersama, ia pertamanya memerlukan kesepakatan orang Melayu, dan begitulah kisahnya bagaimana UMNO ditubuhkan yang pada mulanya merupakan satu gabungan pelbagai persatuan, pertubuhan dan pergerakan  di seluruh negara, dan apabila Umno diwujudkan, pemimpinnya duduk berunding dengan pemimpin Cina, India dan kaum etnik lain untuk membentuk satu gabungan yang dikenali sebagai Perikatan atau Parti Perikatan,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Salleh, dengan gabungan itulah juga kemerdekaan dapat dicapai dan sebahagian daripada intipati perjanjian kemerdekaan itu menyentuh isu kewarganegaraan untuk penduduk bukan Melayu yang sekaligus menyaksikan peratusan majoriti Melayu berkurangan ke sekitar 50 peratus daripada penduduk keseluruhan negara ini.

“Itulah asas penubuhan UMNO, Perikatan dan tanah Melayu yang merdeka. Ia berlandaskan susunan yang memberi faedah bersama, dan dalam memberikan bukan Melayu peluang bersuara yang sama dan mengetahui bagai mana kemerdekaan diperolehi.

“Inilah asas penubuhan Barisan Nasional hingga ke hari ini, dan hanya UMNO dan Barisan Nasional yang boleh meniup semangat kesamarataan manakala yang lain hanya pandai bercakap tetapi tidak dapat melaksanakan,” jelasnya.

Jelas beliau, untuk UMNO kekal selama 71 tahun dan Perikatan selama 65 tahun memperlihatkan terlalu sedikit perkongsian di mana-mana di dunia ini yang boleh meniru pencapaian tersebut.

“Inilah yang menjadikan Malaysia yang kita lihat pada hari ini,” ujarnya.


UMNO sahaja parti menjaga kesamarataan semua kaum

Sekianlah artikel UMNO sahaja parti menjaga kesamarataan semua kaum kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca UMNO sahaja parti menjaga kesamarataan semua kaum linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/umno-sahaja-parti-menjaga-kesamarataan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "UMNO sahaja parti menjaga kesamarataan semua kaum"

Posting Komentar