Judul : Strategi Lautan Biru dalam politik...
link : Strategi Lautan Biru dalam politik...
Strategi Lautan Biru dalam politik...
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak menekan bahawa politik Malaysia perlu mengadaptasikan Strategi Lautan Biru.
Menurutnya, dalam Lautan Biru, sokongan politik adalah dicipta, bukannya dipaksa. Mencipta sokongan inilah yang memerlukan kepakaran, pemikiran dan perancangan.
“Kita perlu bersedia dengan politik digital, dan big data untuk mengurus maklumat pilihan raya.”
“Strategi Lautan Merah merah sinonim dengan darah, mati, luka, dan dendam dengan pesaing. Oleh itu, pendekatan ini perlu dielakkan. Strategi Lautan Biru pula sinonim dengan memberi tumpuan kepada isu sebenar dalam politik, dan mengutamakan strategi dan perancangan dalam mengambil keputusan politik,” katanya dalam satu tulisan di blognya hari ini.
Bagaimanapun, tambah beliau, melakukan hal ini bukan mudah.
“Kita perlu meningkatkan pendidikan politik rakyat sesuai dengan perkembangan ilmu dan teknologi masa kini. Sesungguh Strategi Lautan Biru bukan sahaja untuk aktiviti perniagaan,” ujarnya lagi.
Strategi Lautan Biru diperkenalkan oleh Prof. W. Chan Kim dan Renee Mauborgne dalam karya mereka “Blue Ocean Strategy” pada tahun 2005.
Strategi Lautan Merah merujuk kepada suasana persaingan dalam perniagaan, manakala Strategi Lautan Biru pula merujuk kepada penciptaan ruang pasaran yang tidak ada persaingan dalam perniagaan.
“Oleh sebab itulah, literatur telah menunjukkan tokoh politik seperti Barrack Obama, Justin Trudeau dan Emmanuel Macron menggunakan pendekatan Lautan Biru dalam kempen mereka.”
“Kempen mereka menggunakan maklumat digital, berita mereka tepat dan cepat, tawaran produk politik mereka menarik, komunikasi dengan rakyat disampaikan dengan mudah dan bertenaga, manifesto mereka mudah difahami dan jelas. Seperti kata Albert Einstein: ‘Everything should be made as simple as possible, but not simpler’,” sambung beliau lagi.
Strategi Lautan Biru dalam politik...
Sekianlah artikel Strategi Lautan Biru dalam politik... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Strategi Lautan Biru dalam politik... linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/strategi-lautan-biru-dalam-politik.html
0 Response to "Strategi Lautan Biru dalam politik..."
Posting Komentar