Ada Dalangnya Untuk merosakkan Nama Baik Felda di Mata Kerajaan Pusat

Ada Dalangnya Untuk merosakkan Nama Baik Felda di Mata Kerajaan Pusat - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ada Dalangnya Untuk merosakkan Nama Baik Felda di Mata Kerajaan Pusat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ada Dalangnya Untuk merosakkan Nama Baik Felda di Mata Kerajaan Pusat
link : Ada Dalangnya Untuk merosakkan Nama Baik Felda di Mata Kerajaan Pusat

Baca juga


Ada Dalangnya Untuk merosakkan Nama Baik Felda di Mata Kerajaan Pusat

GEORGETOWN: Polis tidak menolak kemungkinan memanggil bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi membantu siasatan berhubung isu pertukaran hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak, di Kuala Lumpur.
 
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Nor Rashid Ibrahim, berkata satu pasukan khas sudah diwujudkan bagi menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.
 
Katanya, pasukan itu kini dalam proses mengumpulkan bukti sebelum beberapa saksi dipanggil bagi memberi keterangan dalam tempoh terdekat.
 
"Kita akan menunggu arahan selanjutnya sama ada akan memanggil beliau (Mohd Isa) untuk diambil keterangan atau sebaliknya.
 
"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 421 Kanun Keseksaan atas kesalahan tipu dan pemalsuan dokumen," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Kayuhan Basikal Solidariti PDRM 2017 di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, awal pagi tadi.
 
Yang turut hadir, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Chee Lye.
 
BH kelmarin melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, di ibu kota, yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.
 
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.
 
Mohd Isa adalah Pengerusi FELDA dari 2011 hingga Januari 2017; Pengerusi FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017.


Ada Dalangnya Untuk merosakkan Nama Baik Felda di Mata Kerajaan Pusat

Sekianlah artikel Ada Dalangnya Untuk merosakkan Nama Baik Felda di Mata Kerajaan Pusat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Ada Dalangnya Untuk merosakkan Nama Baik Felda di Mata Kerajaan Pusat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/ada-dalangnya-untuk-merosakkan-nama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ada Dalangnya Untuk merosakkan Nama Baik Felda di Mata Kerajaan Pusat"

Posting Komentar