Selesaikan isu hak milik tanah Felda sebelum dimanipulasi pembangkang

Selesaikan isu hak milik tanah Felda sebelum dimanipulasi pembangkang - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selesaikan isu hak milik tanah Felda sebelum dimanipulasi pembangkang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selesaikan isu hak milik tanah Felda sebelum dimanipulasi pembangkang
link : Selesaikan isu hak milik tanah Felda sebelum dimanipulasi pembangkang

Baca juga


Selesaikan isu hak milik tanah Felda sebelum dimanipulasi pembangkang

Jangan isu hak tanah milik Felda ini jadi 'duri dalam daging' kepada Barisan Nasional menjelang pilihanraya umum ke 14 nanti.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO mahu pihak kepimpinan Felda tidak memandang mudah isu hak milik tanah Felda Investment Corporations Sdn Bhd (FIC) dan mahu kemelut itu diselesaikan dengan kadar segera.

Menurut Naib Ketuanya, Senator Khairul Azwan Harun ini  kerana isu berkenaan tidak sihat untuk Felda dan juga kerajaan.

Beliau berkata, Pemuda UMNO mahu pihak polis segera menyelesaikan siasatan ini dan sekiranya wujud manipulasi ataupun penipuan maka mereka yang terlibat perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

``Semalam Timbalan Ketua Polis Negara ada membuat kenyataan bahawa polis akan menyiasat perkara ini …kita beri kepercayaan dan keyakinan kita kepada polis.

``Kita berharap agar kemelut ini  dapat diselesaikan dengan kadar segera kerana ini tidak sihat untuk Felda dan juga untuk kerajaan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas  merasmikan Karnival Back to School anjura Pejabat Ahli Dewan Negara di Dewan Majlis Daerah Perak Tengah Kampung Gajah semalam.

Beliau juga yakin dengan kepimpinan Tan Sri Shahril Samad selaku Pengerusi Felda dalam menyelesaikan kemelut ini kerana jumlah nilai hartanah terlibat bukan sedikit.

``Jadi jangan pandang mudah hal ini kepimpinan Felda mesti menyelesaikan isu ini dengan kadar segera,’’ katanya.

Khairul Azwan turut meminta mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi kerana sebarang spekulasi berhubung kemelut ini akan menggangu  siasatan yang sedang dijalankan pihak polis.

Pada 12 Disember lalu, Felda telah membuat laporan berhubung kemungkinan berlaku penipuan dalam urusan penukaran hak milik tanah miliknya di Jalan Semarak, oleh syarikat Synergy Prominade Sdn Bhd.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad membuat pendedahan tersebut sebaik dilantik menerajui jawatan itu Januari lalu.

Perkara tersebut telah pun dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Februari lalu.


Selesaikan isu hak milik tanah Felda sebelum dimanipulasi pembangkang

Sekianlah artikel Selesaikan isu hak milik tanah Felda sebelum dimanipulasi pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Selesaikan isu hak milik tanah Felda sebelum dimanipulasi pembangkang linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/selesaikan-isu-hak-milik-tanah-felda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Selesaikan isu hak milik tanah Felda sebelum dimanipulasi pembangkang"

Posting Komentar