PH SUDAH AGIH 90 PERATUS KERUSI PRU-14

PH SUDAH AGIH 90 PERATUS KERUSI PRU-14 - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH SUDAH AGIH 90 PERATUS KERUSI PRU-14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH SUDAH AGIH 90 PERATUS KERUSI PRU-14
link : PH SUDAH AGIH 90 PERATUS KERUSI PRU-14

Baca juga


PH SUDAH AGIH 90 PERATUS KERUSI PRU-14

Pakatan Harapan (PH) mendakwa sudah selesai kira-kira 90 peratus proses pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara parti komponen masing-masing.

Menurut Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abdul Samad, pembahagian kerusi itu melibatkan parti komponen PH di seluruh negara dengan baki sebanyak 10 peratus lagi dijangka selesai dalam tempoh terdekat ini.

Katanya, beliau sendiri akan mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam atas tiket PAN Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

“Pembahagian kerusi Parlimen sudah mencapai 90 peratus dan sekitar 10 peratus lagi atau kurang daripada jumlah itu akan diselesaikan hujung bulan ini,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di Shah Alam semalam.

Khalid memenangi kerusi Parlimen pada PRU13 atas tiket Pas, sebelum beliau bersama Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub serta yang lain menyertai PAN tahun lalu.

Beliau tidak menyatakan jumlah kerusi yang dibahagikan kepada parti komponen PH iaitu DAP, PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pada PRU13 tahun 2013, Pas bertanding di 73 kerusi Parlimen, dengan 14 kerusi dimenangi, diikuti DAP 51 kerusi bertanding (37 menang) dan PKR bertanding 99 kerusi (28 menang).

Bagaimanapun, pada PRU14 ini PH tidak mempunyai halangan untuk mengagihkan kerusi kepada PAN dan PPBM berikutan Pas telah menarik diri untuk berada dalam Gagasan Sejahtera (GS) iaitu blok ketiga pembangkang. – MalaysiaGazette


PH SUDAH AGIH 90 PERATUS KERUSI PRU-14

Sekianlah artikel PH SUDAH AGIH 90 PERATUS KERUSI PRU-14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PH SUDAH AGIH 90 PERATUS KERUSI PRU-14 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/ph-sudah-agih-90-peratus-kerusi-pru-14.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PH SUDAH AGIH 90 PERATUS KERUSI PRU-14"

Posting Komentar