Perak tidak akan jatuh ke tangan pembangkang

Perak tidak akan jatuh ke tangan pembangkang - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perak tidak akan jatuh ke tangan pembangkang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perak tidak akan jatuh ke tangan pembangkang
link : Perak tidak akan jatuh ke tangan pembangkang

Baca juga


Perak tidak akan jatuh ke tangan pembangkang

PASIR SALAK - Rakyat Perak dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan dakwaan kononnya negeri itu akan jatuh ke tangan pembangkang pada PRU14.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata dakwaan sedemikian adalah perkara biasa yang dilakukan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN demi meraih undi rakyat.

“Perak di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjadi sebuah negeri yang aman, stabil, tiada masalah besar dalam negeri, rakyat hidup penuh nikmat dan keperluan semua cukup jadi tidak ada sebab kenapa rakyat nak tolak.

“Memang tidak terkejutlah kalau pembangkang sengaja keluarkan kenyataan macam tu sebab kalau tidak mereka tidak ada peluanglah nak pengaruhi rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis khatan beramai-ramai di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat di Tambun, Ipoh baru-baru ini, bahawa Perak akan jatuh ke tangan pembangkang pada PRU14.

Dalam pada itu, Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yakin sekiranya rakyat memberi lagi mandat kepada BN untuk mentadbir Perak, lebih banyak program dan usaha untuk membantu rakyat akan dilaksanakan.

"Sekiranya Zambry sekali lagi menjadi Menteri Besar dia akan teruskan program hebat terutama membantu ekonomi orang Melayu. 

"Bagi saya lebih baik kita teruskan kepimpinan sebegitu daripada memilih pembangkang yang tidak tahu siapa yang tidak boleh diharapkan, buat apa nak perjudikan masa depan kita," katanya.

Tajuddin turut mengajak semua ahli Umno supaya mengikut arahan Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak agar bersatu padu dengan mengetepikan masalah-masalah peribadi. –Bernama


Perak tidak akan jatuh ke tangan pembangkang

Sekianlah artikel Perak tidak akan jatuh ke tangan pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Perak tidak akan jatuh ke tangan pembangkang linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/perak-tidak-akan-jatuh-ke-tangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perak tidak akan jatuh ke tangan pembangkang"

Posting Komentar