PAS Melaka umum bertanding 22 DUN, lima Parlimen

PAS Melaka umum bertanding 22 DUN, lima Parlimen - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Melaka umum bertanding 22 DUN, lima Parlimen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Melaka umum bertanding 22 DUN, lima Parlimen
link : PAS Melaka umum bertanding 22 DUN, lima Parlimen

Baca juga


PAS Melaka umum bertanding 22 DUN, lima Parlimen

PAS Melaka mengumumkan akan bertanding di 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dan enam Parlimen, justeru keputusan PAS itu dijangka mewujudkan saingan tiga penjuru di sebahagian besar kawasan di negeri itu.

Pesuruhjaya PAS negeri, Kamaruddin Sedik, berkata keputusan berkenaan diambil selepas melihat perkembangan politik semasa pembangkang yang lebih memihak kepada PAS, selain tindakan parti itu yang tidak bersama pakatan pembangkang.

Beliau berkata, hingga kini kekuatan jentera parti berada pada tahap baik dan beliau yakin ia mampu memberi sinar baharu kepada PAS.

"PAS kini sudah tidak lagi berada bersama blok pakatan pembangkang dan segala keputusan yang kita buat tidak perlu berbincang dengan sesiapa pun, termasuk berkaitan soal calon dan kerusi yang akan kita tandingi.

"Dengan kekuatan jentera yang ada ini, saya yakin PAS mampu menambah lagi kerusi di DUN dan Parlimen," katanya selepas melancarkan Majlis Himpunan Hijau PAS Melaka di Telok Mas.

Kamaruddin berkata, sebanyak 50 peratus muka baru akan ditampilkan parti itu pada PRU14 dan senarai nama sudah dikemukakan kepada pucuk pimpinan parti sebelum diputuskan Majlis Syura yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.

Memetik BH Online, kerusi DUN yang akan ditandingi PAS pada PRU14 adalah Taboh Naning, Kuala Linggi, Gadek, Rembia, Durian Tunggal, Machap, Ayer Limau, Tanjung Bidara, Lendu, Sungai Udang, Ayer Molek, Telok Mas, Pantai Kundor, Klebang, Paya Rumput, Bukit Baru, Asahan, Sungai Rambai, Rim, Merlimau, Serkam dan Bemban.

Bagi kerusi Parlimen pula membabitkan Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin, Tangga Batu dan Bukit Katil.

Pada PRU13, kerusi yang ditandingi PAS adalah Parlimen Masjid Tanah, DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Durian Tunggal, Asahan, Pantai Kundur, Bukit Baru, Ayer Molek, Telok Mas, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

Satu-satunya kerusi yang diwakili PAS adalah Bukit Baru.

Sebelum ini, Kamaruddin menyatakan tidak akan berkompromi dengan mana-mana parti pembangkang lain dalam soal pengagihan kerusi pada PRU14, malah PAS Melaka juga kekal dengan pendirian untuk bertanding di semua kerusi yang pernah dipinjamkan kepada PKR dan DAP sebelum ini.


PAS Melaka umum bertanding 22 DUN, lima Parlimen

Sekianlah artikel PAS Melaka umum bertanding 22 DUN, lima Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS Melaka umum bertanding 22 DUN, lima Parlimen linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/pas-melaka-umum-bertanding-22-dun-lima.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS Melaka umum bertanding 22 DUN, lima Parlimen"

Posting Komentar