PAKATAN HARAPAN AKAN SUKAR DAPAT SOKONGAN MELAYU

PAKATAN HARAPAN AKAN SUKAR DAPAT SOKONGAN MELAYU - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAKATAN HARAPAN AKAN SUKAR DAPAT SOKONGAN MELAYU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAKATAN HARAPAN AKAN SUKAR DAPAT SOKONGAN MELAYU
link : PAKATAN HARAPAN AKAN SUKAR DAPAT SOKONGAN MELAYU

Baca juga


PAKATAN HARAPAN AKAN SUKAR DAPAT SOKONGAN MELAYU

Pakatan Harapan (PH) berdepan laluan sukar dalam mendapatkan sokongan pengundi khususnya kaum Melayu susulan kontroversi melibatkan Pengerusi pakatan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ini kerana rata-rata pengundi Melayu sukar untuk menerima mana-mana pemimpin yang mempunyai ‘masalah’ dengan istana.

Malah bukan itu saja, menurut Kamarul Zaman, pemimpin PH lain yang pernah terpalit isu yang sama juga akan menyukarkan lagi peluang gabungan itu mendapatkan sokongan rakyat.

“Malah jika kita ingat kembali, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pun telah ditarik gelaran Datuk Seri oleh Sultan Selangor pada 2014.

“Ini menunjukkan kedua-dua pemimpin tertinggi di dalam PH (Dr Mahathir dan Anwar) menghadapi masalah dengan Sultan Selangor.

“Sultan Selangor sendiri beberapa kali sebut dan kritik secara terbuka Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah, baginda jelaskan mengapa baginda tak setuju Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar,” katanya kepada Antarapos.

Sultan Sharafuddin pada 2014 menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Anwar, berikutan tindakan bekas ketua pembangkang itu yang mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor dan hal berkaitan isu agama Islam.

Kamarul Zaman juga menyentuh isu membabitkan beberapa pemimpin PH, seperti R Sivarasa dan Datuk Zaid Ibrahim yang turut mendapat teguran daripada Sultan Sharafuddin.

Sivarasa mencetuskan rasa dukacita Sultan Sharafuddin ekoran tindakannya menyampaikan ucapan di dalam sebuah masjid, manakala Zaid pula mempersoalkan titah baginda menerusi Twitter.

“Pengundi Melayu selalunya hormat kepada institusi beraja, Sultan.

“Kalaupun mereka (PH) masih menang di Selangor, membolot kerusi bandar dan separa bandar, mereka tetap hadapi masalah mentadbir Selangor dengan keadaan Sultan Selangor yang dukacita, hubungan yang tegang dengan baginda,” katanya lagi.


PAKATAN HARAPAN AKAN SUKAR DAPAT SOKONGAN MELAYU

Sekianlah artikel PAKATAN HARAPAN AKAN SUKAR DAPAT SOKONGAN MELAYU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAKATAN HARAPAN AKAN SUKAR DAPAT SOKONGAN MELAYU linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/pakatan-harapan-akan-sukar-dapat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAKATAN HARAPAN AKAN SUKAR DAPAT SOKONGAN MELAYU"

Posting Komentar