KESEDIAAN KHALID, KEPINCANGAN AZMIN

KESEDIAAN KHALID, KEPINCANGAN AZMIN - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KESEDIAAN KHALID, KEPINCANGAN AZMIN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KESEDIAAN KHALID, KEPINCANGAN AZMIN
link : KESEDIAAN KHALID, KEPINCANGAN AZMIN

Baca juga


KESEDIAAN KHALID, KEPINCANGAN AZMIN

SEBAGAI sebuah parti yang menjadi wadah orang Melayu dan pada masa sama sentiasa membela nasib kaum lain, UMNO mengamalkan politik ketertiban dan matang. UMNO sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja untuk bersama-sama melayari bahtera perjuangan demi membela nasib orang Melayu dan mensejahterakan rakyat Malaysia.

Sejarah UMNO membuktikan pemimpin datang dan pergi, ada yang merajuk seketika dan mahu kembali, ada yang tersasar sedia bersama parti keramat orang Melayu itu selepas mengetahui UMNO satu-satunya panji-panji penegak perjuangan bangsa. Oleh itu, UMNO sentiasa bersikap terbuka untuk sesiapa sahaja yang bernama Melayu untuk bersama menjadikan ia sebagai wadah politik.

Justeru penulis menyambut baik dan berasa bangga apabila bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO bagi merampas pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang kini menteri besarnya dari PKR tetapi DAP penentu corak pemerintahannya. Malah saya juga tersentuh apabila beliau juga bersedia untuk bekerjasama de­ngan Pas untuk tujuan menyatukan ummah.

Dalam situasi politik masa kini, khususnya melibatkan Selangor, komitmen dan kesanggupan yang dinyatakan oleh Abdul Khalid amat dialu-alukan. Apatah lagi beliau bukanlah dilahirkan sebagai ahli politik tetapi seorang tokoh korporat dan pentadbir.

Oleh itu, sudah tentulah kesediaan beliau dalam soal mahu bekerjasama dengan UMNO, lahir dari hati yang tulus ikhlas demi memastikan Selangor tidak terus porak-peranda bahana politik Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bersekongkol bersama DAP dan PAN.

Sebagai seorang yang pernah menjadi Menteri Besar dan memimpin kerajaan negeri dianggotai oleh DAP, PKR dan Pas, Abdul Khalid amat memahami apa yang berlaku. Abdul Khalid amat mengetahui ‘siapa bos, siapa kuli’ dan ‘siapa memimpin, siapa yang memerintah’.

‘Tragedi’ kepemimpinan beliau diboikot oleh PKR dan DAP selepas PRU-13, sehingga memungkinkan Abdul Khalid terpaksa mentadbir negeri dengan empat Exco Pas dan di­fitnah dengan dakyah serta disusuli dengan pemecatan beliau daripada PKR melalui ‘permainan demokrasi’ iaitu Langkah Kajang menjadikan Abdul Khalid benar-benar memahami betapa buruknya politik Azmin, PKR dan DAP.

Mungkin ramai tertanya-tanya kenapakah Abdul Khalid hanya mahu bekerjasama dengan Pas dan tidak memilih parti itu untuk merampas Selangor? Hanya Abdul Khalid mengetahui jawapannya.

Tetapi ini tidak boleh menolak andaian berkaitan ­prestasi exco-exco Pas yang dikatakan akan turut menjadi penanda aras kepada kemampuan Pas untuk mentadbir negeri jika memenangi PRU-14. Tiga exco tersebut dikatakan gagal menangani pelbagai isu di bawah portfolio mereka. Ini terma­suklah dari segi perumahan, masalah penstrukturan aset air Selangor dan memperkasakan mahkamah syariah.

Abdul Khalid amat memahami situasi ini dan ­mengetahui sejauh mana kemampuan Pas untuk menjadi pentadbir, oleh itu beliau memilih untuk bekerjasama dengan UMNO bagi meranapkan pemerintahan PKR yang DAP menjadi ‘pencoraknya’.

Kesediaan Abdul Khalid amat dialu-alukan. Ini bukannya berkaitan UMNO mahu merebut kuasa politik semata-mata tetapi tidak rela membiarkan Selangor terus berhadapan dengan pelbagai masalah dan kemelut sehingga akhirnya menjejaskan kehidupan rakyat dan masa depan negeri itu.

Penulis percaya, kehadiran bekas Menteri Besar Selangor itu akan memberikan impak kepada misi UMNO untuk merampas kembali negeri tersebut daripada pakatan pembangkang. Sebelum ini seorang lagi bekas Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Muhammad Muhd. Taib turut mengambil langkah kembali kepada UMNO.

Memang benar, Abdul Khalid hanya mahu bekerjasama tetapi gandingan bekas-bekas menteri besar itu memberi isyarat jelas kepada rakyat bahawa ada sesuatu tidak kena dalam pentadbiran negeri Selangor kini. Abdul Khalid tidak mahu menjadi pemerhati, Abdul Khalid tidak mahu terus melihat kerakusan pentadbiran Azmin.

Seperti mana penulis tegaskan, Abdul Khalid bukan ahli politik dan percaya beliau tidak mempunyai cita-cita politik, tetapi sebagai seorang yang berintegriti tinggi dan tokoh korporat yang hebat, Abdul Khalid tahu bahayanya jika pakatan pembangkang terus mentadbir negeri itu.

Abdul Khalid tahu jika beliau bersendirian apatah lagi dengan menjadi ADUN bebas, impian beliau untuk menyelamatkan Selangor tidak akan tercapai, oleh itu beliau mahu bekerjasama dengan UMNO.

Hakikatnya, pakatan pembangkang tidak berbuat apa-apa, mereka bagaikan ‘masuk ke rumah yang sudah dilengkapi’ segala-galanya. Oleh itu apabila mereka mendabik dada dengan mendakwa Selangor maju kerana pentadbiran mereka ini adalah satu pembohongan dan bagaikan seekor sapi yang mendapat nama hasil perahan susu ke atas seekor lembu.

Kesimpulan, kesediaan Abdul Khalid untuk bekerjasama dengan UMNO amat dialu-alukan. Sememangnya dalam situasi politik dan pentadbiran di Selangor sekarang, gabungan pelbagai pihak sama ada parti politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu amat diperlukan demi menamatkan kerakusan dan ke­pincangan pentadbiran kerajaan negeri itu yang dipimpin oleh PKR, dikawal oleh DAP dan dipatuhi oleh Pas.

DATUK ZEIN ISMA ISMAIL ialah Ketua Penerangan UMNO Selangor.


KESEDIAAN KHALID, KEPINCANGAN AZMIN

Sekianlah artikel KESEDIAAN KHALID, KEPINCANGAN AZMIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca KESEDIAAN KHALID, KEPINCANGAN AZMIN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/kesediaan-khalid-kepincangan-azmin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KESEDIAAN KHALID, KEPINCANGAN AZMIN"

Posting Komentar