Dr. Mahathir amalkan politik terdesak, pelik

Dr. Mahathir amalkan politik terdesak, pelik - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr. Mahathir amalkan politik terdesak, pelik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr. Mahathir amalkan politik terdesak, pelik
link : Dr. Mahathir amalkan politik terdesak, pelik

Baca juga


Dr. Mahathir amalkan politik terdesak, pelik

Kota Bharu 19 Dis. - Pas percaya Tun Dr. Mahathir Mohamad akan terus mengamalkan politik terdesak selain melakukan pelbagai lagi tindakan pelik bagi menarik sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (Pru-14).

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, berdasarkan pengamatan pihaknya, bekas Perdana Menteri itu akan melakukan apa sahaja sebagaimana pendirian terbaharu beliau yang bersungguh-sungguh menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.

Katanya, semua sedia maklum, Dr. Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab memasukkan Anwar ke dalam penjara dengan menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri itu melakukan perbuatan menjijikkan sebelum ini.

“Semua ini politik terdesak yang ditunjukkan Dr. Mahathir kerana kita nampak beliau sudah tidak tahu buat apa lagi untuk mendapatkan sokongan.

“Berdasarkan pengalaman kita, Dr. Mahathir ini dilihat boleh buat apa sahaja, mungkin dekat PRU-14, ada benda-benda lain lagi yang pelik akan keluar.

“Saya percaya, rakyat sama sekali tidak akan terpengaruh dan terperdaya dengan politik Dr. Mahathir ini,” katanya kepada pemberita selepas ceramah umum di Lundang di sini malam tadi.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan menggesa agar Anwar segera dibebaskan dari penjara.


Dr. Mahathir membuat gesaan tersebut menerusi satu kenyataan bersama dengan peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley dengan meng­anggap Anwar sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera.

-UTUSAN ONLINE


Dr. Mahathir amalkan politik terdesak, pelik

Sekianlah artikel Dr. Mahathir amalkan politik terdesak, pelik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dr. Mahathir amalkan politik terdesak, pelik linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/dr-mahathir-amalkan-politik-terdesak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dr. Mahathir amalkan politik terdesak, pelik"

Posting Komentar