Judul : Dakwaan Ahli Parlimen Dap Berniat Jahat, Cuba Kelirukan Rakyat – Onn Hafiz
link : Dakwaan Ahli Parlimen Dap Berniat Jahat, Cuba Kelirukan Rakyat – Onn Hafiz
Dakwaan Ahli Parlimen Dap Berniat Jahat, Cuba Kelirukan Rakyat – Onn Hafiz
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sembrong, Onn Hafiz Ghazi menyifatkan dakwaan Ahli Parlimen Kluang (Dap), Liew Chin Tong dalam sebuah portal pro-pembangkang semalam adalah tidak berasas dan berniat jahat.
Ujarnya, Chin Tong telah memanipulasikan jawapan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Kenyataan yang dibuat sebegini rupa bertujuan untuk mengelirukan dan mengikis kepercayaan rakyat terhadap Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Sembrong.
“Jika perancangan pembinaan kem di Sembrong adalah berasaskan motif politik, seperti yg didakwa, sudah tentu Datuk Seri Hishammuddin akan memastikan kem itu lengkap dan selesai dibina sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
“Namun perkara tersebut tidak berlaku sama sekali dan kem berkenaan kini masih di peringkat pembinaan dan tidak mungkin siap sebelum PRU-14,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Tegasnya, segala usaha telah pun dilakukan sekian lama dan segala perancangan yang dibuat mengenai pembinaan dan penambahbaikan kem adalah berasaskan keperluan serta kepentingan keselamatan negara, di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.
“Dap dilihat cuba mengaitkan perancangan keselamatan dengan motif politik. Ini merupakan tindakan yang keji untuk meraih populariti murahan melalui politik kebencian dan keraguan.
“Sekiranya pihak beliau mempunyai keraguan, saya yang juga Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, sentiasa terbuka untuk menjawab pertanyaan beliau bagi membantu mengakhiri segala prasangka yang tidak baik,” tambahnya lagi.
Semalam, sebuah portal melaporkan, Chin Tong mendakwa kem tentera yang dibina semuanya terletak di kawasan utama, termasuk Segamat, Johor, yang dipegang oleh Menteri Kesihatan, S Subramaniam dan Hutan Melintang, Perak, yang terletak di dalam Parlimen Bagan Datuk iaitu kerusi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Chin Tong yang juga Ketua Dap Johor berkata, ini membuktikan bahawa BN menggunakan kem tentera ini untuk meningkatkan pengundi di kawasan pilihan raya yang menang dengan majoriti tipis dalam PRU lalu. – MediaUMNO

Sekianlah artikel Dakwaan Ahli Parlimen Dap Berniat Jahat, Cuba Kelirukan Rakyat – Onn Hafiz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Dakwaan Ahli Parlimen Dap Berniat Jahat, Cuba Kelirukan Rakyat – Onn Hafiz linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/dakwaan-ahli-parlimen-dap-berniat-jahat.html
0 Response to "Dakwaan Ahli Parlimen Dap Berniat Jahat, Cuba Kelirukan Rakyat – Onn Hafiz"
Posting Komentar