Benarkah PH-PKR sedang tawar-menawar 'tiga syarat' pelan peralihan kuasa? soal Zuhdi Marzuki

Benarkah PH-PKR sedang tawar-menawar 'tiga syarat' pelan peralihan kuasa? soal Zuhdi Marzuki - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Benarkah PH-PKR sedang tawar-menawar 'tiga syarat' pelan peralihan kuasa? soal Zuhdi Marzuki, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Benarkah PH-PKR sedang tawar-menawar 'tiga syarat' pelan peralihan kuasa? soal Zuhdi Marzuki
link : Benarkah PH-PKR sedang tawar-menawar 'tiga syarat' pelan peralihan kuasa? soal Zuhdi Marzuki

Baca juga


Benarkah PH-PKR sedang tawar-menawar 'tiga syarat' pelan peralihan kuasa? soal Zuhdi Marzuki

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) dan PKR akan terbukti membelakangkan Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sekiranya benar-benar sedang melaksanakan 'pelan peralihan' demi menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri pembangkang.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata demikian mengulas laporan media kononnya PKR meletakkan tiga syarat untuk bersetuju dengan pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sementara pembangkang.

Tiga syarat itu adalah sebaik saja membentuk kerajaan di Putrajaya, Dr Mahathir hendaklah mengusahakan Anwar dibebaskan segera dari penjara dan membuka jalan untuk beliau dilantik Perdana Menteri dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.

Syarat kedua, PKR bertanding kerusi Parlimen paling banyak iaitu sekurang-kurangnya 60 kerusi, dan syarat ketiga, Dr Mahathir setuju melaksanakan reformasi ke atas institusi negara.

"Seandainya inilah pelan peralihan mereka, ketara sekali PH dan PKR sebuah parti yang membelakangkan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

"Jika mereka memerintah, negara akan jadi tunggang langgang. Saya yakin sebagai bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir akan keberatan menunaikan hasrat tidak rasional PKR itu," katanya dipetik Berita Harian Online.

Zuhdi bertegas, jika pun Anwar yang kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh dibebaskan kelak, Ketua Umum PH itu terikat dengan perundangan yang menetapkan seseorang banduan tidak boleh bertanding sejurus dilepaskan.

Anwar dipenjarakan selama lima tahun selepas disabit kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

"Selain itu, adalah tidak beradab, malah sangat menjengkelkan jika PH dan PKR dengan mudah dan sesuka hati memanipulasi proses pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agung sebagai satu daripada kaedah melepaskan Anwar," tegas Zuhdi.

Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi Antarapos hari ini menafikan PKR ada meletakkan syarat sedemikian.

Bagaimanapun beliau mengesahkan wujudnya  perbezaan pendapat sesama parti komponen PH dalam menentukan calon layak untuk dilantik sebagai perdana menteri dan timbalannya.

PH dijangka mengumumkan dua calon bagi jawatan itu pada konvensyennya 7 Januari depan.


Benarkah PH-PKR sedang tawar-menawar 'tiga syarat' pelan peralihan kuasa? soal Zuhdi Marzuki

Sekianlah artikel Benarkah PH-PKR sedang tawar-menawar 'tiga syarat' pelan peralihan kuasa? soal Zuhdi Marzuki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Benarkah PH-PKR sedang tawar-menawar 'tiga syarat' pelan peralihan kuasa? soal Zuhdi Marzuki linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/12/benarkah-ph-pkr-sedang-tawar-menawar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Benarkah PH-PKR sedang tawar-menawar 'tiga syarat' pelan peralihan kuasa? soal Zuhdi Marzuki"

Posting Komentar