Judul : Semakan Keputusan UPSR 2017
link : Semakan Keputusan UPSR 2017
Semakan Keputusan UPSR 2017
Semakan Keputusan UPSR 2017. Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang akan diumumkan Khamis ini, akan mengandungi empat komponen termasuk keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017.
Berbeza daripada tahun sebelum ini yang mana hanya keputusan UPSR yang menjadi tumpuan, PPSR akan turut melibatkan tiga komponen penting lain iaitu pentaksiran bilik darjah; pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, apabila ibu bapa ke sekolah untuk mengambil keputusan anak, mereka akan mendapat keputusan bagi empat komponen berkenaan dan bukan hanya bilangan A diperolehi dalam UPSR.
"Ia umpama hari kad laporan, mereka akan dapat empat keputusan dan melihat kecenderungan serta prestasi anak-anak mereka," katanya dalam taklimat media mengenai PPSR, di sini hari ini.
Beliau berkata, memandangkan PPSR itu tidak hanya tertumpu kepada keputusan akademik UPSR sebagai pengukur kecemerlangan, tidak ada lagi kedudukan dan perbandingan dibuat di peringkat sekolah dan negeri selepas ini.
Semakan Keputusan UPSR 2017
"Dulunya kita akan mengumumkan berapa ramai pelajar dapat semua A, sekolah paling banyak semua A dan kita akan bandingkan sekolah serta negeri,"katanya.
Amin berkata, pada 23 November itu, beliau akan mengumumkan keputusan PPSR peringkat kebangsaan berdasarkan pencapaian minima yang perlu dicapai pelajar dalam setiap komponen.
Beliau memberikan contoh seperti pertandingan di sekolah dalam acara lompat tinggi apabila setiap murid menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing setelah melepasi had ketinggian paling minima.
"Contoh had ketinggian minima yang ditetapkan ialah tiga bar dan untuk menyumbang mata mereka perlu melepasi tiga bar itu. Kalau ada yang lebih hebat dan mempunyai keupayaan melompat enam bar, mereka boleh dilatih untuk ke peringkat (sukan) yang lebih tinggi,"katanya.
Ditanya apakah kriteria untuk memilih pelajar terbaik sekolah dengan pelaksanaan PPSR itu memandangkan pencapaian akademik bukan lagi kriteria utama, Amin berkata : "Mungkin tidak ada. Ini selaras dengan nasihat menteri (Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid), semua pelajar mesti diraikan."
Semakan Keputusan UPSR 2017
Amin berkata, sudah tiba masanya, kecemerlangan murid tidak lagi hanya berdasarkan keputusan peperiksaan tetapi melihat pencapaian mereka secara holistik sebagai seorang insan.
"Kita akan tumpukan kepada kemenjadian murid. Kita kena kembalikan sistem pendidikan kita supaya menjadi pembelajaran yang menyeronokkan,"katanya.
Beliau berkata apabila tiada perbandingan dilakukan melalui Gred Purata Sekolah (GPS) yang kebiasaanya menjadi kayu pengukur kecemerlangan guru dan sekolah, ia juga akan mengurangkan tekanan golongan pendidik.
Mengenai kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh (SBP) berikutan pelaksanaan PPSR itu, Amin berkata keputusan akademik bukan syarat utama tetapi turut melibatkan kriteria lain selain perlu menduduki peperiksaan khas.
Semakan Keputusan UPSR 2017
"Tidak semestinya dapat semua A dapat ke SBP. Dua A pun boleh. Tiada A pun boleh," katanya.- bernama
Semakan Keputusan UPSR 2017 Online dan SMS
Ada beberapa cara semakan keputusan UPSR yang boleh dilakukan.
Melalui sekolah
Melalui SMS
Melalui Online ( masih belum ada)
Berikut kami ringkaskan bagaimana cara membuat semakan keputusan UPSR sama ada dengan datang ke sekolah ataupun melalui SMS>
Tarikh Semakan – 23 Nov 2017
Semakan di sekolah Anda cuma pelu datang ke sekolah dengan berpakaian kemas.Pad pukul 10 pagi bagi mendapatkan slip keputusan.
Semakan Melalui SMS Taipkan UPSR <jarak> Angka Giliran hantar ke 15888
Semakan Online Kami akan mengumumkan jika ianya tersedia.
Bagi calon persendirian pula, boleh datang ke Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing di mana peperiksaan anda duduki.
Semakan Keputusan UPSR 2017. Di kesempatan ini, kami mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dan mencapai sasaran target masing-masing. Jangan lupa kongsikan artike Semakan Keputusan UPSR 2017 ini kepada rakan-rakan lain.
Semakan Keputusan UPSR 2017
Sekianlah artikel Semakan Keputusan UPSR 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Semakan Keputusan UPSR 2017 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/semakan-keputusan-upsr-2017.html
0 Response to "Semakan Keputusan UPSR 2017"
Posting Komentar