Judul : Penolakan usul pemerkasaan Mahkamah Syariah satu penghinaan kepada usul agama - ADUN BN
link : Penolakan usul pemerkasaan Mahkamah Syariah satu penghinaan kepada usul agama - ADUN BN
Penolakan usul pemerkasaan Mahkamah Syariah satu penghinaan kepada usul agama - ADUN BN
ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak berpandangan tindakan Speaker DUN, Hannah Yeoh yang menolak usul berkaitan pemerkasaan Mahkamah Syariah yang dibawanya sebagai satu penghinaan kepada usul agama berkenaan.
Katanya, oleh kerana Islam sebagai agama rasmi negeri dan persekutuan, usul tersebut sepatutnya diberikan peluang untuk dibahaskan dalam Dewan dan bukan dalam sesi perbahasan pada mesyuarat jawatankuasa sahaja.
"Saya boleh kata ini merupakan satu penghinaan oleh Speaker kepada usul ini kerana dia tolak usul ini dan suruh bahas.
"Nak suruh saya bawa dalam (perbahasan) jawatankuasa, ini merupakan satu penghinaan kepada usul agama pemerkasaan mahkamah syariah ini oleh speaker.
"Dan ini ialah satu penghinaan kepada wakil-wakil rakyat khususnya kepada saya yang membawa usul ini.
"Bila ditolak usul ini dalam pemerkasaan mahkamah syariah, saya berasa amat dukacita kerana sepatutnya ia diberikan peluang sebab Islam ialah agama negeri, Tuanku ialah ketua agama negeri, kenapa tidak diberikan peluang kepada kita untuk dibahas," katanya kepada pemberita di lobi Annexe.
Isnin lalu, Hannah menolak usul yang dibawa Sulaiman berhubung pemerkasaan Mahkamah Syariah bersama empat lagi usul lain yang dibawa ADUN BN.
Susulan daripada penolakan usul tersebut, Hannah kemudiannya meminta Sulaiman untuk membahaskan usul tersebut pada sesi perbahasan dasar petang semalam.
Bagaimanapun, ia tidak dibahaskan ekoran Sulaiman tidak menghadiri sesi DUN pada ketika itu dan ketidak-hadirannya itu dipersoalkan Hannah sendiri dalam sesi dewan semalam.
Mengulas mengenai perkara itu, Sulaiman menjelaskan bahawa beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
"Kalau tengok pada rekod dewan ini, sepanjang bersidang sudah hampir seminggu, saya sebenarnya jarang tidak ada di dalam dewan, kecuali semalam petang sebab ada sedikit urusan.
"Saya amat kecewa penolakan seperti ini, akhirnya dijadikan polemik pula oleh pihak speaker di dalam dewan seolah-olah saya tidak ada di dalam dewan dan mengambil kesempatan ketidakhadiran saya semalam dengan membuat tohmahan di dalam dewan mengatakan kenapa ADUN Permatang tidak membahaskan usul ini dalam peringkat jawatankuasa," ujarnya.
Selain usul tersebut, usul berkaitan Ikrar Bebas Rasuah oleh Datuk Shamsudin Lias (Sg Burong), usul berhubung Yayasan Selangor oleh Datuk Abdul Shukur Idrus (Kuang), usul mengenai Oktoberfest oleh Shahrum Mohd Sharif (Dengkil), dan usul tentang lesen pusat hiburan oleh ADUN Jeram, Datuk Amiruddin Setro turut ditolak oleh Hannah.
Hannah kemudiannya menjelaskan penolakan usul tersebut bagi memberi laluan khusus kepada perbahasan belanjawan pada sidang DUN kali ini.
Malah menurut Hannah, banyak perkara daripada usul berkenaan boleh dibangkitkan semasa dalam sesi perbahasan dasar dan tidak memerlukan perhatian khas dewan.

Sekianlah artikel Penolakan usul pemerkasaan Mahkamah Syariah satu penghinaan kepada usul agama - ADUN BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Penolakan usul pemerkasaan Mahkamah Syariah satu penghinaan kepada usul agama - ADUN BN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/penolakan-usul-pemerkasaan-mahkamah.html
0 Response to "Penolakan usul pemerkasaan Mahkamah Syariah satu penghinaan kepada usul agama - ADUN BN"
Posting Komentar