‘MP KULAI, JANGAN KELIRUKAN RAKYAT’ – AZALINA

‘MP KULAI, JANGAN KELIRUKAN RAKYAT’ – AZALINA - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘MP KULAI, JANGAN KELIRUKAN RAKYAT’ – AZALINA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘MP KULAI, JANGAN KELIRUKAN RAKYAT’ – AZALINA
link : ‘MP KULAI, JANGAN KELIRUKAN RAKYAT’ – AZALINA

Baca juga


‘MP KULAI, JANGAN KELIRUKAN RAKYAT’ – AZALINA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini menafikan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengurangkan Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) kepada 205 orang, sebaliknya jumlah sebenar PPP sehingga 30 September 2017 adalah sebanyak 14,342 orang.

Menurut Ahli Parlimen Pengerang, jumlah tersebut adalah termasuk PPP daripada pelbagai kategori yang meliputi PPP (Wakil Jabatan Kerajaan), PPP (Wakil Pertubuhan) dan PPP (Wakil Universiti) di seluruh negara.

“Bagaimanapun, jumlah yang dipetik Ahli Parlimen Kulai hanya tertumpu kepada PPP Wakil Pertubuhan sahaja.

“Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kulai kononnya pengurangan PPP ini menyebabkan kegagalan kepada pendaftaran pengundi baru boleh mengelirukan rakyat dan disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab,” ujar Azalina menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pelbagai usaha telah dilakukan SPR untuk menarik lebih ramai warganegara yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih, termasuklah menyediakan kemudahan karavan SPR, program outreach di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti pusat membeli belah, pusat rekreasi, kawasan penempatan penduduk, Institusi Pengajian Tinggi dan pusat-pusat latihan berkaitan.

“SPR juga sentiasa terbuka menerima jemputan untuk menyediakan kaunter pendaftaran pemilih bagi penganjuran berkaitan,” katanya.

Sebelum itu, Teo Nie Ching dalam sidang media di Parlimen semalam, mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya membenarkan wakil rakyat dilantik sebagai penolong pegawai pendaftar (ARO) untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi.


‘MP KULAI, JANGAN KELIRUKAN RAKYAT’ – AZALINA

Sekianlah artikel ‘MP KULAI, JANGAN KELIRUKAN RAKYAT’ – AZALINA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca ‘MP KULAI, JANGAN KELIRUKAN RAKYAT’ – AZALINA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/mp-kulai-jangan-kelirukan-rakyat-azalina.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘MP KULAI, JANGAN KELIRUKAN RAKYAT’ – AZALINA"

Posting Komentar