Judul : Kecoh Di Parlimen
link : Kecoh Di Parlimen
Kecoh Di Parlimen
Kecoh Di Parlimen. Dewan Rakyat hari ini meluluskan Bajet 2018 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi peringkat jawatankuasa dengan majoriti hanya satu undi.
Bajet peringkat jawatankuasa diluluskan dengan 52 anggota parlimen mengundi untuk menyokong manakala 51 yang lain membantah.
G Manivannan (PKR Kapar) mengusulkan pengundian blok dilakukan apabila dewan kelihatan kosong ketika ramai anggota parlimen BN tidak berada di Dewan Rakyat.
Beliau mengajukan usul itu untuk membantah inflasi harga barangan dan bahan bakar minyak.
Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee mengarahkan pejabat parlimen membunyikan loceng sebanyak dua kali.
Ia mendorong seorang lagi timbalan speaker yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said turun ke lantai Dewan untuk turut sama mengundi.
Manakala itu ketika dihubungi, Anggota Parlimen PAS dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar, atas) berkata dua anggota parlimen separtinya iaitu Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) dan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) berkecuali daripada mengundi.
Kecoh Di Parlimen
"Sementara itu, anggota-anggota parlimen PAS dari Dungun, Pengkalan Chepa, Bachok, Kubang Kerian, Pasir Puteh, termasuk saya mengundi membantah hal ini," kata Mahfuz.
"Kita kalah dengan satu undi. Rakyat akan berfikir bahawa dua MP yang berkecuali daripada mengundi menyebabkan kekalahan kita," kata beliau.
"Saya ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang mengundi tidak sokong," maklum beliau.
Kecoh, MP lambat boleh mengundi
Keadaan menjadi kecoh apabila anggota parlimen pembangkang memberitahu beberapa orang MP BN yang terlambat masuk ke Dewan boleh ikut membuat undian.
"Tenum (MP Raimi Unggai) baru masuk, kenapa boleh (mengundi)?" Jerit seorang MP pembangkang.
"Hey, kamu mahu lari dengan kotak undi? ," jerit Fuziah Salleh (PKR-Kuantan).
"Apa ini?" Tanya Gobind Singh Deo (DAP-Puchong)
Kecoh Di Parlimen
"Relax, Yang Berhormat. Ia masih proses (mengundi)," kata Ronald cuba untuk mententeramkan anggota parlimen yang kecoh.
"Jadi gentleman, jangan tipu," teriak Manivannan, apabila mendapati anggota parlimen kerajaan yang lambat masih dibenarkan mengundi.
Teriakan 'tipu' dan 'bohong'
MP pembangkang menjeritkan slogan 'tipu' dan 'bohong'.
Beberapa ketika kemudiannya, Ronald mengumumkan keputusan.
Bagaimanapun Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) membalas, "tak suka (proses pengundian), balik rumah."
Memetik seksyen 47 (2) Peraturan Mesyuarat berkenaan proses undian dalam Dewan, Gobind berkata undi-undi anggota parlimen yang datang lambat perlu diketepikan daripada pengundian blok.
Kecoh Di Parlimen. Namun Ronald mempertahankan hasil undian memetik Seksyen 47 (1) dan (2) Peraturan Mesyuarat yang tidak menyatakan tempoh masa selepas loceng selama dua minit dibunyikan dan tempoh masa yang menghalang anggota parlimen yang datang lambat daripada mengundi. - mk
Iklan
Kecoh Di Parlimen
Sekianlah artikel Kecoh Di Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kecoh Di Parlimen linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/kecoh-di-parlimen.html
0 Response to "Kecoh Di Parlimen"
Posting Komentar