Judul : Kawasan Selama tidak tandus calon tanding PRU ke14
link : Kawasan Selama tidak tandus calon tanding PRU ke14
Kawasan Selama tidak tandus calon tanding PRU ke14
Barisan Nasional (BN) Larut tidak ketandusan calon sebagai pertaruhan di DUN Selama walaupun calon bertahan (incumbent), Datuk Mohamad Daud Mohamad Yusof tidak akan mempertahankan jawatan wakil rakyat.
Yang menariknya kenyataan ini sokong oleh Daud sendiri sebagai mengulas desas desus konon BN Larut sukar mencari pengganti mengambil kira rekod khidmatnya sejak 15 tahun lalu.
Untuk rekod Daud adalah wakil rakyat mewakili DUN selama tiga penggal sejak 2004 lagi. Dalam pemilihan bagi jawatan Ketua UMNO bahagian Larut yang lalu, beliau tewas.
Daud yang ditemui dan ketika mengulas isu sama berkata beliau yakin BN akan memperoleh kemenangan lebih bergaya bagi semua kawasan—Parlimen Larut, Selama (DUN), Kubu Gajah (DUN) dan Batu Kurau (DUN).
Beliau berkata peluang BN mempertahankan keempat-empat kerusi ini cerah kerana “pihak pembangkang tiada isu mahu dimainkan untuk meraih simpati dan sokongan rakyat.”
Berasaskan faktor inilah beliau optimis, kedudukan BN di sini selamat. Bahkan kedudukan kepimpinan UMNO bahagian juga berada pada tahap terbaik.
Menjawab soalan Daud mengulangi kenyataan awalnya bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya kali ini bagi memberi laluan kepada muka-muka baru..
Menurut beliau, soal calon tidak timbul kerana calon-calon pelapis yang berkelayakan sudah ada dan segalanya kini bakal ditentukan sahaja oleh pucuk pimpinan parti.
``Kita sudahpun set pengganti yang cukup baik... bukan seorang tapi ramai pelapis jadi maknanya kita ada pilihan yang terbaik
``Kita ada tiga empat calon yang paling berpotensi ialah ketua bahgian sendiri sebab dia ada pengalaman politik yang agak luas dan dia juga orang tempatan . . . dia sangat layak dan dalam jawatankuasa bahagian ada ketua Pemuda, Wanita, Naib Ketua semua boleh belaka,’’ katanya.
Daud menambah jauh lebih penting lagi bukan calon luar sambil menambah “sudah pasti kita harap bukan calon luar,’’ katanya. Beliau tidak mengulas maksud ”bukan calon luar itu.”
Daud menjelaskan lagi paling penting ialah calon-calon terpilih nanti dapat memenuhi kehendak pucuk pimpinan parti iaitu mengutamakan rakyat.
``Mereka mesti mengutamakan rakyat…membantu rakyat…tak payah lain.. pegang apa Datuk Najib cakap…utamakan rakyat,’’ katanya.
Mengulas lanjut perkhidmatan cemerlangnya selama tiga penggal sebagai ADUN Selama, Daud berkata beberapa pembangunan infra telah dibawa untuk faedah dan kepentingan rakyat.
``Saya tahu mungkin banyak ruang yang boleh saya lakukan tetapi mungkin saya ada kelemahan-kelemahan tertentu jadi saya minta maaf kalau saya tidak dapat menepati hasrat semua orang.
``Jadi walaubagaimanapun kita dengan baki masa yang ada ni kita akan cuba untuk melakukan penambahbaikkan.
``Pencapaian . . . biasalah kita pastikan infrastruktur kita cuba selesaikan… jalan, air, api, dewan, taska dan juga disamping projek besar seperti IKM. . . kita tunggulah projek itu dan harap dapat dilaksanakan.
Ditanya apakah selepas tidak bertanding nanti beliau mahu terus menabur khidmat baktinya, katanya sudah pasti beliau akan meneruskan usaha itu.
``Itu memang wajib kita lakukan sebab tiga penggal orang dok menolong kita berhabis-habisan . . . . sampai gaduh kiri kanan kerana kita jadi inilah masanya untuk kita memulangkan balik khidmat kita seperti mana orang bagi kepada kita,’’ ujarnya.
Datuk Mohamad Daud, 57, yang menjadi ADUN Selama sejak 2004 berkata, beliau membuat keputusan untuk tidak bertanding pada kali ini atas faktor kesihatan.
``Saya berharap calon yang dipilih oleh rakyat nanti dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat," katanya.

Sekianlah artikel Kawasan Selama tidak tandus calon tanding PRU ke14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kawasan Selama tidak tandus calon tanding PRU ke14 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/kawasan-selama-tidak-tandus-calon.html
0 Response to "Kawasan Selama tidak tandus calon tanding PRU ke14"
Posting Komentar