Isu hina Bugis: Dewan di-Raja Selangor minta Dr Mahathir disiasat...Dasar Tak SEdar Diri

Isu hina Bugis: Dewan di-Raja Selangor minta Dr Mahathir disiasat...Dasar Tak SEdar Diri - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu hina Bugis: Dewan di-Raja Selangor minta Dr Mahathir disiasat...Dasar Tak SEdar Diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu hina Bugis: Dewan di-Raja Selangor minta Dr Mahathir disiasat...Dasar Tak SEdar Diri
link : Isu hina Bugis: Dewan di-Raja Selangor minta Dr Mahathir disiasat...Dasar Tak SEdar Diri

Baca juga


Isu hina Bugis: Dewan di-Raja Selangor minta Dr Mahathir disiasat...Dasar Tak SEdar Diri

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memandang serius, murka dan amat kecewa dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang dilihat cuba menghasut rakyat membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais, berkata Sultan Selangor selepas berbincang dengan ahli Dewan, menganggap ucapan terbabit amat keterlaluan hingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.

"Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal daripada Bugis," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Justeru, katanya, Majlis Dewan di-Raja Selangor berpandangan satu siasatan dan tindakan undang-undang mengikut Akta Hasutan 1948 atau mana-mana undang-undang berkaitan wajar diambil terhadap Dr Mahathir.

Berikut kenyataan penuh yang dikeluarkan Dewan di-Raja Selangor:

DULI Yang Maha Mulia Sultan Selangor setelah berbincang dengan Ahli-ahli Majlis Dewan di-Raja Selangor pada 2 November 2017 memandang serius, murka dan amat kecewa dengan petikan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Himpunan Sayangi Malaysia - Hapuskan Kleptokrasi yang berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya pada 14 Oktober 2017, yang dilihat cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Berdasarkan kepada rakaman klip video ucapan berkenaan yang telah tular di media sosial, tohmahan dan kenyataan Tun Dr Mahathir itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah.

Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.

Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal dari Bugis.

Fakta sejarah membuktikan Kesultanan Selangor berketurunan Bugis merupakan pahlawan yang memperjuangkan dan mempertahankan agama dan keamanan di seluruh kepulauan Melayu Nusantara.

Tun Dr Mahathir sebagai seorang bekas Perdana Menteri yang menerajui pemerintahan Negara selama tempoh 22 tahun seharusnya lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan seharusnya juga lebih mengetahui tentang fakta sejarah keturunan bangsa Bugis.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga mengingatkan kepada semua pihak terutama orang-orang politik untuk tidak mempersendakan isu bangsa dan keturunan sebagai modal politik kerana ianya boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat Negara ini.

Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan dengan isu ini dan berpandangan agar satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Tun Dr Mahathir.


Isu hina Bugis: Dewan di-Raja Selangor minta Dr Mahathir disiasat...Dasar Tak SEdar Diri

Sekianlah artikel Isu hina Bugis: Dewan di-Raja Selangor minta Dr Mahathir disiasat...Dasar Tak SEdar Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Isu hina Bugis: Dewan di-Raja Selangor minta Dr Mahathir disiasat...Dasar Tak SEdar Diri linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/isu-hina-bugis-dewan-di-raja-selangor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu hina Bugis: Dewan di-Raja Selangor minta Dr Mahathir disiasat...Dasar Tak SEdar Diri"

Posting Komentar