Haji Hadi dedah dalam Pakatan Harapan ada "para pemimpin penyangak"

Haji Hadi dedah dalam Pakatan Harapan ada "para pemimpin penyangak" - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Haji Hadi dedah dalam Pakatan Harapan ada "para pemimpin penyangak", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Haji Hadi dedah dalam Pakatan Harapan ada "para pemimpin penyangak"
link : Haji Hadi dedah dalam Pakatan Harapan ada "para pemimpin penyangak"

Baca juga


Haji Hadi dedah dalam Pakatan Harapan ada "para pemimpin penyangak"

PAS tidak boleh bersama dengan gabungan pembangkang Pakatan Harapan kerana didalamnya ada "para pemimpin penyangak", dedah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, PAS yang dipimpinnya ketika ini lebih selesa untuk menjadi pihak yang berkecuali dalam mendepani krisis keyakinan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

"PAS tidak boleh memberi harapan kepada Pakatan Harapan yang menjadi pendakwa atau yang mengaku menjadi peguam kepada mangsa kezaliman, kerana di dalamnya juga ada para pemimpin penyangak yang dahulu dan terdahulu bersekongkol dengan punca masalah negara.

"Di sana pula ramai kalangan yang tidak boleh menjadi saksi yang adil mengikut perhitungan Islam yang menjadi pegangan PAS," katanya dalam tulisan terbaru beliau hari ini.

Beliau berkata, PAS juga tidak boleh bersama kerajaan iaitu pihak yang sentiasa dituduh oleh pembangkang, sehinggalah dibuktikan bersihnya atau kesalahannya.

"Kaedah kehakiman Islam yang dipakai oleh barat, menetapkan pihak yang dituduh masih bebas dan tidak boleh dihukum bersalah, selagi tidak dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah, bukan oleh media tanpa sempadan.

"PAS juga tidak boleh terus berpihak sebelum dibuktikan bersihnya, khususnya dalam keadaan yang bergelumang dengan salah laku dan kelemahan urus tadbir yang diwarisi sejak pemimpin yang dahulu dan terdahulu," katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut memuji sikap ditunjukkan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang mungkin tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan namun tidak menjatuhkan kerajaan menerusi cara tidak sopan.

"Beliau bersikap mengikut konsep demokrasi yang sihat dengan menjadi anggota kerajaan yang memberi nasihat, dan masih ada lagi orang sepertinya di dalam kerajaan, namun tidak mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak bersopan.

"Berbeza dengan PAS yang menjadi pembangkang yang menasihat, namun sama-sama berpegang kepada konsep nasihat," katanya.

Beliau berkata, ketegasan PAS ini bukannya bersifat fanatik melulu, tetapi berpijak di atas ajaran Islam yang nyata sempurna yang tidak ada dalam ideologi atau teori ciptaan manusia.

"Maka PAS tidak boleh terikut dengan pihak yang lain atau sekadar dipergunakan oleh pihak yang berbeza dasar dan hala tujunya. PAS boleh bekerjasama dan bersefahaman dengan semua pihak yang tidak mengacau dasar Islam dan hala tuju wawasannya yang berkekalan," katanya.


Haji Hadi dedah dalam Pakatan Harapan ada "para pemimpin penyangak"

Sekianlah artikel Haji Hadi dedah dalam Pakatan Harapan ada "para pemimpin penyangak" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Haji Hadi dedah dalam Pakatan Harapan ada "para pemimpin penyangak" linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/11/haji-hadi-dedah-dalam-pakatan-harapan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Haji Hadi dedah dalam Pakatan Harapan ada "para pemimpin penyangak""

Posting Komentar