Tiada lanjutan tempoh untuk Amanah kosongkan Wisma Tok Guru - PAS Kelantan

Tiada lanjutan tempoh untuk Amanah kosongkan Wisma Tok Guru - PAS Kelantan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada lanjutan tempoh untuk Amanah kosongkan Wisma Tok Guru - PAS Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada lanjutan tempoh untuk Amanah kosongkan Wisma Tok Guru - PAS Kelantan
link : Tiada lanjutan tempoh untuk Amanah kosongkan Wisma Tok Guru - PAS Kelantan

Baca juga


Tiada lanjutan tempoh untuk Amanah kosongkan Wisma Tok Guru - PAS Kelantan

KOTA BHARU: Amanah tidak akan diberi lanjutan tempoh bagi mengosongkan Wisma Tok Guru di Salor di sini, tegas Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasuruddin Daud.

Dengan nada sinis, Mohd Nasuruddin berkata PAS tidak akan bertindak mengusir parti itu daripada bangunan berkenaan kerana percaya mereka adalah 'amanah'.

“Memang mereka (Amanah) kena keluar (dari Wisma Tok Guru). Kita tidak akan usir dan tidak akan panjangkan tempoh pengosongan selama sebulan (sehingga 16 November depan).

“Kita juga sedia berdepan dengan mereka di mahkamah tapi saya rasa mereka akan keluar,” katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikin ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata PAS akan menggunakan wisma berkenaan sebagai pusat kegiatan mereka selepas Amanah mengosongkan bangunan berkenaan.

Isu mengenai pemilikan Wisma Tok Guru itu sebelum ini ditimbulkan Mohd Nasuruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri dengan mendakwa tapak tanah dan bangunan berkenaan milik kerajaan negeri.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan ADUN Salor yang juga Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa yang mendakwa beliau sebelum itu diberi kebenaran oleh bekas Adun Salor, Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim untuk menggunakan tapak itu melalui satu notis.

Namun kemelut perebutan itu kembali rancak sejak pertengahan bulan ini selepas Amanah Kelantan dikatakan menerima notis daripada seorang ahli PAS yang dikatakan pemilik baharu bangunan berkenaan.

Difahamkan, tanah milik balu kepada Rosli itu dijual kepada PAS menerusi anggota berkenaan dengan harga RM700,000.


Tiada lanjutan tempoh untuk Amanah kosongkan Wisma Tok Guru - PAS Kelantan

Sekianlah artikel Tiada lanjutan tempoh untuk Amanah kosongkan Wisma Tok Guru - PAS Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tiada lanjutan tempoh untuk Amanah kosongkan Wisma Tok Guru - PAS Kelantan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/tiada-lanjutan-tempoh-untuk-amanah_26.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiada lanjutan tempoh untuk Amanah kosongkan Wisma Tok Guru - PAS Kelantan"

Posting Komentar