TAMBAHAN STESEN HSR DI FOREST CITY DITELITI

TAMBAHAN STESEN HSR DI FOREST CITY DITELITI - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TAMBAHAN STESEN HSR DI FOREST CITY DITELITI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TAMBAHAN STESEN HSR DI FOREST CITY DITELITI
link : TAMBAHAN STESEN HSR DI FOREST CITY DITELITI

Baca juga


TAMBAHAN STESEN HSR DI FOREST CITY DITELITI

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih mengkaji keperluan membina stesen di Forest Citybagi projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Azharuddin Mat Sah berkata keputusan penambahan stesen itu belum dimuktamadkan dan keputusan akhir akan dibuat kerajaan.

“SPAD sedang mengkaji dengan teliti perkara ini, kalau ada keperluan kami akan buat cadangan dan kerajaan yang akan buat keputusan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPAD di sini, hari ini.

Pemaju projek Forest City di Johor sebelum ini dilaporkan melobi kerajaan untuk membina stesen HSR di kawasan berkenaan yang dilihat mampu memberi impak terhadap pembangunan di situ.

Dijangka mula beroperasi pada 2026, pelan asal HSR KL-Singapura menunjukkan ia mempunyai tujuh stesen di Malaysia iaitu Bandar Malaysia, Bangi-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri.

Dalam pada itu, Mohd Azharuddin berkata SPAD akan menganjurkan satu simposium di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ahad dan Isnin ini sebagai platform perkongsian dan perbincangan berhubung peranan pengangkutan awam darat dalam pertumbuhan sosioekonomi dan peningkatan kualiti hidup rakyat.

Katanya, acara bertema ‘Reimagining Transportation: Sustainable Mobility’ (Pengangkutan Imaginatif, Mobiliti Mampan) turut memuatkan pameran pengangkutan awam darat dan pameran kerjaya selain peraduan yang menyediakan hadiah lumayan. – BERNAMA


TAMBAHAN STESEN HSR DI FOREST CITY DITELITI

Sekianlah artikel TAMBAHAN STESEN HSR DI FOREST CITY DITELITI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca TAMBAHAN STESEN HSR DI FOREST CITY DITELITI linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/tambahan-stesen-hsr-di-forest-city_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "TAMBAHAN STESEN HSR DI FOREST CITY DITELITI"

Posting Komentar