Sudah Tiba Masanya Malaysia Kenakan Hukuman Keras Terhadap Pesalah Rasuah

Sudah Tiba Masanya Malaysia Kenakan Hukuman Keras Terhadap Pesalah Rasuah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sudah Tiba Masanya Malaysia Kenakan Hukuman Keras Terhadap Pesalah Rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sudah Tiba Masanya Malaysia Kenakan Hukuman Keras Terhadap Pesalah Rasuah
link : Sudah Tiba Masanya Malaysia Kenakan Hukuman Keras Terhadap Pesalah Rasuah

Baca juga


Sudah Tiba Masanya Malaysia Kenakan Hukuman Keras Terhadap Pesalah Rasuah

Untuk kali kedua, negara digemparkan dengan pembongkaran kes rasuah dan penyelewengan yang terbesar dalam sejarah negara hasil daripada penahanan beberapa individu di Sabah. Sebelum ini, negara digemparkan dengan penyelewengan peruntukan RM 3.3 bilion untuk membangunkan sistem bekalan air di Sabah dan kali ini, jumlahnya juga hampir sama cuma membezakan angka wang tunai yang dijumpai di rumah suspek.

Sebenarnya, masalah rasuah dan salah guna kuasa ini adalah masalah global yang amat sukar dihapuskan begitu sahaja. Jika dinilai dari kedudukan semasa Malaysia, negara berada ditangga ke 55 daripada 176 buah negara di dalam indeks persepsi rasuah. Kedudukan ini bukanlah kedudukan yang begitu teruk seperti yang digembar gemburkan oleh pembangkang.

Cuma, melihat kepada kedudukan ini, negara sebenarnya masih boleh memperbaiki kedudukan ini jika dilihat kepada tindakan proaktif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani isu ini. Tanpa mengira siapa dan apa jua pangkat, SPRM dilihat cukup komited dalam membasmi kegiatan tidak bermaruah ini sehingga ke akar umbi.

Dalam memperkatakan tentang isu ini, menurut peruntukan perundangan Malaysia, di bawah Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), secara umumnya, hukuman bagi kesalahan rasuah ialah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM 10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Jika dinilai dari sudut ini, ianya seolah-olah langsung tidak mengentarkan pengamal rasuah di negara ini. Manakan tidak, ada sahaja tangkapan mengenai rasuah dan penyalah gunaan kuasa dilaporkan di dada dada akhbar seolah-olah mereka memandang enteng terhadap undang-undang ini. Mungkin mereka merasakan, hasil suapan mereka mampu untuk membayar segala denda yang bakal dikenakan walaupun ada akta yang membolehkan pembekuan aset dilaksanakan.

Mari kita mengambil contoh apa yang diamalkan di China terhadap pesalah rasuah ini. Di China, setiap pesalah rasuah yang ditangkap, jika didapati bersalah, hukumannya cukup berat, iaitu hukuman mati dihujung penembak tepat. Justeru, kebanyakan konglemerat dan para peniaga di China, cukup gentar untuk melakukan kegiatan tidak bermaruah ini kerana bimbangkan kemungkinan kehilangan nyawa dihujung senapang.

Lain pula halnya di Malaysia. Kita hanya mengenakan denda dan hukuman penjara keatas pesalah rasuah sedangkan menurut pemahaman, rasuah ini membolehkan musuh-musuh negara mengganggu dan menggugat kestabilan dan ada kemungkinan menyebabkan orang yang tidak bersalah menderita atau menemui ajal hasil daripada ketamakan seseorang.

Bukankah lebih baik sekiranya seseorang pesalah yang sudah dijatuhi hukuman dijatuhi hukuman mandatori seperti mana kesalahan membunuh dan mengedar dadah? Tidak ada bezanya antara kesalahan membunuh, mengedar dadah dan perasuah kerana ketiga-tiga kesalahan ini jelas mampu mengancam keselamatan negara dan rakyat.

Mungkin sudah tiba masanya buat negara meneliti semula Seksyen 24 Akta SPRM ini. Ini penting supaya kegiatan tidak bermaruah ini dapat dibasmikan dan sebarang hukuman berat seumpama ini mampu memberi pengajaran buat rakyat Malaysia supaya menjauhi kegiatan seumpama ini dari terus menular.


Sudah Tiba Masanya Malaysia Kenakan Hukuman Keras Terhadap Pesalah Rasuah

Sekianlah artikel Sudah Tiba Masanya Malaysia Kenakan Hukuman Keras Terhadap Pesalah Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Sudah Tiba Masanya Malaysia Kenakan Hukuman Keras Terhadap Pesalah Rasuah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/sudah-tiba-masanya-malaysia-kenakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sudah Tiba Masanya Malaysia Kenakan Hukuman Keras Terhadap Pesalah Rasuah"

Posting Komentar