Judul : PM rasmi kompleks ibupejabat baru SPRM…jamin kerjasama penuh perangi rasuah
link : PM rasmi kompleks ibupejabat baru SPRM…jamin kerjasama penuh perangi rasuah
PM rasmi kompleks ibupejabat baru SPRM…jamin kerjasama penuh perangi rasuah
Siapa saja pasti terpegun melihat kompleks baru Ibupejabat SPRM di Presint 7,Putrajaya.Bangunan dan persekitarannya nampak cukup moden dan canggih.
Sekalipun nama SPRM cukup mengerunkan khusus bagi mereka yang terlibat dalam penyelewengan dan salah gunakuasa namun kompleks itu memaparkan suasana yang tenang.
Lebih dari itu kompleks ibupejabat SPRM itu merupakan kompleks agensi antirasuah yang terbesar di dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan kompleks berkenaan Ahad kata ia manifestasi kerajaan dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa.
Serentak dengan itu beliau menegaskan kerajaan komited memberi kerjasama kepada SPRM dalam perjuangan menentang rasuah.
Ini katanya supaya kedudukan negara termasuk dari segi ketelusan dan daya saing semakin baik.
"Rasuah adalah ancaman kepada negara, ketamadunan kita, masyarakat dan masa depan negara kita.
Jika kita dapat membendung dan membanteras rasuah, negara Malaysia kita yang tercinta lebih berjaya dan disanjung dan lebih dihormati dan berada di saf hadapan sebagaimana visi TN50 (Transformasi Nasional 2050)," katanya.
Bangunan ibu pejabat SPRM yang telah siap dibina sepenuhnya dan diserahkan secara rasmi pada 21 Julai lalu merupakan bangunan yang direka bentuk agar menepati keperluan operasi serta sistem pentadbiran SPRM.
la didirikan di tapak berkeluasan 2.07 hektar di Presint 7 serta mampu menempatkan kira-kira 1,800 kakitangan.
Ibu pejabat SPRM berkenaan terdiri daripada tiga menara iaitu A, B dan C masing-masing setinggi 14, 18 dan 22 tingkat berserta tujuh tingkat podium.
Antara kemudahan yang disediakan ialah sebuah dewan serba guna dengan kapasiti 1,000 orang, auditorium yang mampu memuatkan 300 orang, taska, gimnasium, perpustakaan dan bilik sidang media.
Pada majlis yang juga merupakan sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR)/SPRM yang diraikan pada setiap 1 Okt, Najib turut mengumumkan peruntukan segera RM5 juta kepada Yayasan Prihatin SPRM yang berperanan menjaga kebajikan warga SPRM.
"Kita tahu anggota SPRM bekerja keras siang dan malam, jadi kita mesti beri sokongan moral kepada kebajikan anggota-anggota SPRM. Mudah-mudahan ini akan menaikkan semangat kita terus berjuang habis-habisan menentang rasuah," katanya.
Mengimbau kembali sejarah SPRM, beliau berkata Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditubuhkan pada tahun 1967 di bawah kepimpinan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman, sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Katanya walaupun BPR menunjukkan prestasi yang baik, namun persepsi masyarakat terhadapnya sebagai sebuah agensi Kerajaan kelihatan tidak bebas menjalankan tugas terutamanya aspek penguatkuasaan.
BPR kemudiannya diperkasakan menjadi SPRM di bawah kepimpinan Perdana Menteri Kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009 sebagai sebuah entiti bebas, katanya.
Sementara itu pada ucapan berkenaan Perdana Menteri juga memberitahu kerajaan akan mengguna pakai model pemberian tender Transit Aliran Massa (MRT) jajaran Sungai Buloh-Kajang dalam penganugerahan tender projek ikonik negara pada masa akan datang.
Katanya projek besar harus dinilai secara profesional dari segi kos dan teknikal menggunakan model itu.
"MRT sudah disiapkan dengan jayanya mengikut jadual dan bajet yang ditetapkan tanpa masalah serta skandal," katanya.
Menghuraikan kaedah pemberian tender MRT itu, Najib berkata jawatankuasa tender yang dipengerusikan beliau tidak mengetahui nama syarikat yang membida kerana pembida diberi kod seperti PT1, PT2 atau PT3.
Katanya, beliau hanya mengetahui syarikat yang dianugerahi tender itu menerusi surat yang diserahkan kepada beliau kemudian.
Najib menegaskan bahawa projek-projek besar kerajaan bukan sahaja perlu bebas daripada rasuah tetapi juga berkualiti.
"Pastikan apabila kita memberi kontrak, ia bukan sahaja tiada masalah rasuah tetapi jika teknikal terlalu rendah juga akan timbul pelbagai masalah dan projek itu akan gagal," katanya.

Sekianlah artikel PM rasmi kompleks ibupejabat baru SPRM…jamin kerjasama penuh perangi rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PM rasmi kompleks ibupejabat baru SPRM…jamin kerjasama penuh perangi rasuah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/pm-rasmi-kompleks-ibupejabat-baru.html
0 Response to "PM rasmi kompleks ibupejabat baru SPRM…jamin kerjasama penuh perangi rasuah"
Posting Komentar