ORANG BODOH BOLEH LAH TIPU MADEY!!!!! MAHATHIR JANGAN BERPURA-PURA KONON PERNAH BERHASRAT BUBAR ISA – DR AZMI

ORANG BODOH BOLEH LAH TIPU MADEY!!!!! MAHATHIR JANGAN BERPURA-PURA KONON PERNAH BERHASRAT BUBAR ISA – DR AZMI - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ORANG BODOH BOLEH LAH TIPU MADEY!!!!! MAHATHIR JANGAN BERPURA-PURA KONON PERNAH BERHASRAT BUBAR ISA – DR AZMI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ORANG BODOH BOLEH LAH TIPU MADEY!!!!! MAHATHIR JANGAN BERPURA-PURA KONON PERNAH BERHASRAT BUBAR ISA – DR AZMI
link : ORANG BODOH BOLEH LAH TIPU MADEY!!!!! MAHATHIR JANGAN BERPURA-PURA KONON PERNAH BERHASRAT BUBAR ISA – DR AZMI

Baca juga


ORANG BODOH BOLEH LAH TIPU MADEY!!!!! MAHATHIR JANGAN BERPURA-PURA KONON PERNAH BERHASRAT BUBAR ISA – DR AZMI

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu berpura-pura kononnya beliau mahu membubarkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sewaktu pemerintahannya dahulu namun ditegah oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar.

Pensyarah Universiti Malaya dan pengamal undang-undang, Prof Madya Dr Azmi Sharom berkata, beliau berang dengan cubaan Pengerusi Pakatan Harapan itu melepaskan tangan berhubung ISA dan meletakkan segala beban kesalahan ke atas polis semata-mata.

Azmi dipetik kenyataan disiarkan oleh The Star menegaskan bahawa pihak polis hanya mempunyai kebenaran untuk menahan pesalah tanpa bicara dibawah ISA selama 60 hari dan sekiranya ianya perlu dilanjutkan, ia harus mendapat kelulusan Menteri Dalam Negeri iaitu Dr Mahathir sendiri.

Kata Azmi, Dr Mahathir berkuasa untuk meluluskan tempoh tahanan sehingga tempoh maksimum dua tahun dan boleh memperbaharui tempoh tahanan itu berkali-kali

“Tiada termaktub didalam undang-undang yang beliau perlu mematuhi nasihat polis. Budi bicara dibawah kuasa beliau dan beliau mesti bertanggungjawab kerana memenjarakan rakyat tanpa bicara dan menyebabkan banyak keluarga hidup dalam sengsara.

“Selain daripada itu adalah tindakan pengecut,” tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas temubual Dr Mahathir bersama sebuah portal berita sempena hari memperingati Ops Lalang.

Didalam temubual berkenaan, Dr Mahathir berkata segala penangkapan dibawah ISA terletak dibawah bidang kuasa polis sepenuhnya.

Azmi turut membidas kenyataan Dr Mahathir didalam temubual berkenaan mengatakan ramai dari tahanan dibebaskan tidak lama selepas ditahan.

“Ya, sudah pasti. Perkara ini benar, jika anda merupakan tahanan dari Barisan Nasional.

“Jika anda ahli pembangkang, anda akan ditahan selama hampir dua tahun,” tegasnya.

Tambah beliau, sesebuah penahanan dibawah budi bicara seorang menteri bukanlah perkara kecil.

“Bolehkah anda bayangkan betapa tertekannya tahanan itu, tidak tahu bila mereka akan dibebaskan dan rasa tidak berdaya dan tidak boleh menjaga orang yang disayangi mereka?

“Bagaimana pula dengan pasangan mereka dan anak mereka yang tidak tahu bila bapa atau ibu mereka akan dibebaskan semula? Dan kerana apa? Melakukan jenayah?

“Tidak, kerana ada pihak yang menuduh mereka mengancam keselamatan negara, tanpa ada satu pun bukti kukuh dipamerkan kepada mahkamah yang tidak adil,” katanya lagi menjelaskan betapa teruknya ISA ketika zaman pemerintahan Dr Mahathir.


ORANG BODOH BOLEH LAH TIPU MADEY!!!!! MAHATHIR JANGAN BERPURA-PURA KONON PERNAH BERHASRAT BUBAR ISA – DR AZMI

Sekianlah artikel ORANG BODOH BOLEH LAH TIPU MADEY!!!!! MAHATHIR JANGAN BERPURA-PURA KONON PERNAH BERHASRAT BUBAR ISA – DR AZMI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca ORANG BODOH BOLEH LAH TIPU MADEY!!!!! MAHATHIR JANGAN BERPURA-PURA KONON PERNAH BERHASRAT BUBAR ISA – DR AZMI linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/orang-bodoh-boleh-lah-tipu-madey.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ORANG BODOH BOLEH LAH TIPU MADEY!!!!! MAHATHIR JANGAN BERPURA-PURA KONON PERNAH BERHASRAT BUBAR ISA – DR AZMI"

Posting Komentar