Judul : Mat Taib Dah Mula Tugas Baru
link : Mat Taib Dah Mula Tugas Baru
Mat Taib Dah Mula Tugas Baru
Mat Taib Dah Mula Tugas Baru. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini mengkritik Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sambil mendakwa pemimpin PKR itu gagal membela nasib bangsa Melayu.
Muhammad atau Mat Taib yang menyertai semula Umno 2 minggu lepas, berkata nasib orang Melayu secara khususnya tidak diberi perhatian penuh oleh Azmin.
Mat Taib Dah Mula Tugas Baru. “Bagaimana beliau boleh digambarkan sebagai pemimpin hebat negeri? adakah dengan hanya memberikan bas percuma,” katanya kepada wartawan, merujuk perkhidmatan bas “Selangorku” ditaja kerajaan negeri.
“Apa yang Azmin kecapi pada hari ini adalah atas apa yang pemimpin Umno Selangor lakukan. Jika bina rumah, Azmin boleh diibaratkan sebagai membina cermin sahaja,” katanya di sidang media di rumahnya.
Mat Taib berkata sejak pemerintahannya lagi, Selangor sudah menyumbang sepertiga keluaran dalam negara kasar (KDNK).
“Selangor, Pulau Pinang dan Johor memang merupakan negeri yang semenangnya menyumbangkan kepada KDNK negara, tetapi jangan gunakan perkara ini sebagai kredit untuk diri sendiri,” katanya.
Mat Taib Dah Mula Tugas Baru
Mat Taib juga menolak dakwaan beberapa pihak yang berkata sidang medianya pada 17 September asalnya mahu turut mengumumkan penyertaan beberapa Adun PKR dan PAS ke dalam Umno.
“Yang saya tahu, hanya saya yang hendak masuk balik ke dalam Umno. Saya tidak ada masuk hendak bawa sesiapa,” katanya mengenai sidang media yang turut dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, mengulas mengenai PPBM, Mat Taib menyifatkan ia parti yang mempunyai nafsu kuat tetapi tenaga yang lemah.
“PPBM boleh kata partinya adalah parti yang berasaskan bangsa Melayu, tetapi hakikatnya kekuatan partinya itu masih di peringkat pucuk daun, belum sampai ke peringkat akar umbi.
Mat Taib Dah Mula Tugas Baru
“Kalau hendak dominan dan menang, mesti punyai jentera yang kuat di seluruh negara seperti yang terjadi kepada Umno dan PAS.
“Cuba tanya, PPBM ada tak jentera di kawasan Felda?
“Yang ada hanyalah di kawasan bandar seperti di Shah Alam, hanya gendang sahaja yang kuat,” katanya. - fmt
Iklan
Mat Taib Dah Mula Tugas Baru
Sekianlah artikel Mat Taib Dah Mula Tugas Baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Mat Taib Dah Mula Tugas Baru linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/mat-taib-dah-mula-tugas-baru.html
0 Response to "Mat Taib Dah Mula Tugas Baru"
Posting Komentar