Lepas Puas Tebar Fitnah, Mereka Angkat Kaki Ketempat Lain Pula

Lepas Puas Tebar Fitnah, Mereka Angkat Kaki Ketempat Lain Pula - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lepas Puas Tebar Fitnah, Mereka Angkat Kaki Ketempat Lain Pula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lepas Puas Tebar Fitnah, Mereka Angkat Kaki Ketempat Lain Pula
link : Lepas Puas Tebar Fitnah, Mereka Angkat Kaki Ketempat Lain Pula

Baca juga


Lepas Puas Tebar Fitnah, Mereka Angkat Kaki Ketempat Lain Pula

Dalam arena politik hari ini, antara perkara yang dititik beratkan oleh rakyat sebelum mereka memilih seseorang calon bagi mewakili mereka ke sidang DUN atau Parlimen adalah, individu berkenaan boleh dipercayai, kosisten dan sentiasa mengambil berat terhadap rakyat selain daripada imej popular yang dibawa oleh seseorang calon.

Semua ini penting kerana ditangan calon-calon inilah terletaknya harapan supaya suara dan kehendak rakyat yang mereka wakili, dapat disuarakan keperingkat tertinggi seperti sidang DUN mahupun Parlimen. Kegagalan memilih calon yang tepat akan menyebabkan rakyat di satu-satu kawasan berkenaan akan terpinggir dan seterusnya ketinggalan dalam aspek pembangunan dengan suara merkea ditenggelami oleh nafsu calon-calon ini.

Di dalam pembangkang, amat sukar mencari seorang calon yang sentiasa mendekati rakyat yang mereka wakili. Kebiasaannya, kita akan mendengar, wakil-wakil rakyat dari kalangan pembangkang hanya akan menampakkan muka apabila pilihan raya umum semakin hampir. Setelah berjaya memenangi satu-satu kawasan, kelibat mereka juga akan hilang sehinggalah tiba musim pilihan raya umum yang baru.

Lebih mengharukan, semasa berkempen, pelbagai janji ditabur. Itu belum lagi menceritakan bagaimana mereka menyebarkan fitnah yang tidak disokong oleh sebarang bukti hanya untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan hari ini tidak betul dan sebagainya. Mereka sedaya upaya menunjukkan bahawa merekalah yang paling betul dan rakyat tidak akan rugi memilih mereka.

Namun, setelah menang, rakyat sendiri akan menanggung seksanya. Sudahlah hilang dari radar, masalah rakyat yang termakan dengan hasutan mereka juga langsung tidak diendahkan. Untuk bersua muka dengan wakil rakyat sendiri juga begitu sukar. Jika ada pun, hanyalah wakil-wakil mereka sahaja yang ada, itupun tidak dapat dipastikan samada masalah rakyat ini disampaikan kepada wakil-wakil rakyat ini ataupun tidak.

Sebagai contoh mudah, lihat sahaja nasib yang menimpa penduduk di Parlimen Lembah Pantai yang mana hari ini, sukar untuk bertemu dengan Nurul Izzah Anwar selaku Ahli Parlimen di kawasan berkenaan. Jika ada yang “merindui” Nurul Izzah, dia hanya meletakkan poster, banner ataupun banting pada setiap hari kebesaran seperti Hari Raya mahupun hari perayaan sesuatu kaum. Kelibatnya? Memang tidak akan dijumpai.

Di ambang Pilihan Raya Umum ke 14 semakin menghampiri, tersebar beberapa ramalan tentang kedudukan pemimpin Pakatan Harapan yang akan bertanding kelak. Antara nama yang begitu hangat disebut adalah kedudukan Nurul Izzah, Lim Kit Siang, Tun Dr Mahathir, Datin Seri Wan Azizah dan ramai lagi yang didakwa bakal melakukan rombakan terhadap kerusi yang bakal mereka tandingi.

Diberitakan, Lim Kit Siang bakal meninggalkan Gelang Patah, Nurul Izzah bakal meninggalkan Lembah Pantai, Mahathir mungkin akan bertanding di Putrajaya, Wan Azizah bakal meninggalkan DUN Kajang dan ada beberapa nama lagi yang akan meninggalkan DUN atau Parlimen yang mereka menangi sewaktu Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Lihat sahaja bagaimana mereka begitu mudah lepas tangan dengan Parlimen atau DUN yang mereka menangi dahulu. Sudahlah rakyat termakan dengan hasutan sehingga ada diantaranya langsung tidak mendapat pembelaan, wakil rakyat yang dahulunya mereka percayai, meninggalkan mereka tanpa sebarang pembelaan.

Adakah ini contoh terbaik wakil rakyat pembangkang kepada rakyat? Nampaknya, kesemua wakil rakyat pembangkang, tidak kira DUN ataupun Parlimen, hanya berminat untuk menerima upah sebagai wakil rakyat daripada membela nasib rakyat. Sudahlah bersepah-sepah fitnah mereka taburkan, pada PRU 14 kelak, mereka taburkan lagi fitnah ditempat baru dan akan ada lagi rakyat yang bakal menjadi mangsa kerakusan politik mereka.


Lepas Puas Tebar Fitnah, Mereka Angkat Kaki Ketempat Lain Pula

Sekianlah artikel Lepas Puas Tebar Fitnah, Mereka Angkat Kaki Ketempat Lain Pula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Lepas Puas Tebar Fitnah, Mereka Angkat Kaki Ketempat Lain Pula linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/lepas-puas-tebar-fitnah-mereka-angkat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lepas Puas Tebar Fitnah, Mereka Angkat Kaki Ketempat Lain Pula"

Posting Komentar