Hakim kes saman Najib pada Pua tarik diri

Hakim kes saman Najib pada Pua tarik diri - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hakim kes saman Najib pada Pua tarik diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hakim kes saman Najib pada Pua tarik diri
link : Hakim kes saman Najib pada Pua tarik diri

Baca juga


Hakim kes saman Najib pada Pua tarik diri

Hafiz Yatim 


Seorang hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menarik diri daripada mendengar saman terkini Datuk Seri Najib Razak ke atas Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Memberikan alasan demi kepentingan keadilan dan perundangan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan berkenaan dan akan memaklumkannya kepada Ketua Hakim Malaya.

Wan Ahmad Farid pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri dalam negeri semasa era Tun Abdullah Ahmad Badawi, serta menjadi senator sebelum meletakkan semua jawatan politik dalam Umno untuk menjadi anggota kehakiman.

Beliau juga pernah menjadi calon BN untuk pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 2009 ekoran kekosongan kerusi itu apabila penyandangnya, Datuk Razali Ismail, meninggal dunia.

Bagaimanapun Wan Ahmad Farid kalah kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi.

Alasan penarikan diri Wan Ahmad Farid hari ini dinyatakannya secara bertulis melalui kenyataan sepanjang dua halaman.

"Memang diketahui ramai sebelum dilantik sebagai hakim saya pernah aktif dalam politik dan pada suatu ketika menjadi anggota pentadbiran serta Dewan Negara.

"Untuk rekod, semasa pelantikan saya menjadi hakim, saya melepaskan semua jawatan dalam parti yang pernah saya anggotai," katanya.

Tidak diminta tarik diri

Wan Ahmad Farid bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak pernah menganggotai pasukan pentadbiran diketuai Najib yang menjadi plaintif dalam tuntutan saman berkenaan.

"Selepas mengangkat sumpah jawatan, satu-satunya tugas suci yang mesti saya buat ialah mempertahankan dan melindungi Perlembagaan Persekutuan tanpa takut atau pilih kasih," katanya.

Wan Ahmad Farid dijadual mendengar permohonan injunksi inter parte oleh kedua-dua pihak selepas seorang lagi hakim, Abu Bakar Jais, membenarkan permohonan ex parte Najib pada bulan lalu.

Bagaimanapun Abu Bakar dipindahkan ke mahkamah lain selepas membuat keputusan berkenaan.
Tiada mana-mana pihak memohon supaya Wan Ahmad Farid menarik diri daripada mendengar permohonan Najib dan Pua hari ini, sebaliknya membuat keputusan berkenaan atas kehendak sendiri dengan memberikan alasan yang dinyatakannya itu.



Hakim kes saman Najib pada Pua tarik diri

Sekianlah artikel Hakim kes saman Najib pada Pua tarik diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Hakim kes saman Najib pada Pua tarik diri linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/05/hakim-kes-saman-najib-pada-pua-tarik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hakim kes saman Najib pada Pua tarik diri"

Posting Komentar