Judul : Isu serangan 'main tembak' Dr Mahathir pasal bekas CEO MAS...Shahrir bersuara
link : Isu serangan 'main tembak' Dr Mahathir pasal bekas CEO MAS...Shahrir bersuara
Isu serangan 'main tembak' Dr Mahathir pasal bekas CEO MAS...Shahrir bersuara
Kita sama-sama tunggu apa Tun Dr Mahathir Mohamad nak cakap untuk tutup malu isu tuduhan beliau ' main tembak' saja dakwa bekas CEO Malaysia Airlines Berhad (MAB) Peter Bellew berhenti kerana campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam urusan syarikat penerbangan itu.
Kalau nak kira sebagai Mat Saleh yang tidak ada ikatan apa dengan negara ini,Peter Bellew boleh cuci tangan lenggang kangkong pulang ke negara asalnya Ireland tanpa pedulikan apa saja dakwaan bekas Perdana Menteri itu.
Namun beliau memilih untuk adakan sidang akhbar khas di Kuala Lumpur pada Ahad untuk memberitahu kepada seluruh rakyat Malaysia dakwaan Dr Mahathir termasuk pasal pembelian pesawat Boeing semasa pertemuan Najib dan Presiden Donald Trump di Washington baru-baru ini '100 peratus tidak betul'.
Mana agaknya Dr Mahathir nak letak muka bila orang asing kata beliau berbohong.
Bayangkan mana lojiknya Pengerusi Pakatan Harapan itu antara lain tulis dalam laman blognya Che Det 20 Oktober dakwa Perdana Menteri umum belian itu tanpa rujuk kepada MAS kerana nak ambil gambar dengan Presiden Trump.
" Saya yakin Najib tidak pun tanya MAS. Najib tidak peduli perancangan CEO atau pemilihan MAS. Biarlah MAS lingkup asalkan Najib dapat ambil gambar dengan Trump.", tulisnya.
Semasa pertemuannya dengan Trump di White House Najib membuat tawaran bagi MAS untuk membeli pesawat Boeing berharga AS$10 bilion (RM42 bilion).
"Kami komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat," kata Najib.
Semasa menjawab kritikan berhubung pembelian pesawat itu ,Najib menjelaskan MAS sudah membuat keputusan untuk melakukan pembelian sejak Julai 2016.
Malah sebelum ini pun Peter Bellew sudah menafikan dakwaan sebab beliau hendak berhenti CEO MAS kerana campurtangan politik dalam mengurus syarikat penerbangan itu.
Melihat gelagat Dr Mahathir yang terus menerus 'main tembak' membuat dakwaan semberono pasal isu itu, Ahli Parlimen BN Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad,orang lama yang pernah berkhidmat dalam kabinet bekas Perdana Menterui itu tampil bersuara.
“Menjadi Ahli Parlimen sejak beberapa dulu lagi dan pernah bekerja serta menentang Tun Mahathir sebelum ini selama beberapa dekad, saya cukup kenal beliau,” sindir Shahrir dalam satu kenyataan.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) itu berkata dalam kenyataan lengkap yang dibuat Peter Bellew pada Ahad sudah terang lagi bersuluh beliau menjelaskan bahawa pembelian pesawat Boeing baru untuk menggantikan pesawat sedia ada adalah keputusan yang dibuat oleh MAB dan ia sejajar dengan rancangan pemulihannya.
Namun apa jelas sekarang,katanya Dr Mahathir masih tetap mahu menyerang semua pihak dan tidak puas hati apabila tuduhan liarnya gagal.
“Apabila MAB memutuskan untuk menggunakan khidmat warganegara asing sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri. Sekarang, apabila warganegara asing itu meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Tun Mahathir juga menyerang Perdana Menteri.
“Sudah jelas bahawa serangan peribadi Tun Mahathir terhadap Perdana Menteri menggunakan MAB dan isu-isu lain semata-mata adalah masalah kebencian dan ego peribadi – tidak berdasarkan fakta atau demi kebaikan bangsa,” katanya..
Tambah Shahrir, seperti dalam penjelasan Peter Bellew masalah dalaman MAB telah bermula sejak tahun 1994 iaitu ketika di bawah pentadbiran Dr Mahathir apabila beliau telah menswastakan MAS dalam usahanya untuk menutup sebahagian daripada skandal kerugian FOREX Bank Negara berjumlah RM32.5 bilion.
Malah Ketua Pembangkang DAP, Lim Kit Siang juga berulang kali menyalahkan Dr Mahathir ketika masalah MAS waktu itu.
“Semua perkara yang dibangkitkan Bellew telah dinyatakan dalam pengakuan Tun Mahathir sendiri dalam bukunya bahawa beliau terkilan dan marah bahawa tidak dilantik sebagai penasihat syarikat penerbangan selepas meletak jawatan.
“Ini jelas membuktikan serangan yang dibuat terhadap MAB adalah semata-mata atas dasar peribadi dirinya sendiri.
“Seperti masalah perjanjian Pelan Jana Kuasa ‘lop-sided’ di mana kerajaan telah menyelesaikannya dan kenaikan tol lebuh raya yang dimiliki oleh PLUS dan telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan daripada syarikat swasta pada 2010, jadi masalah MAB juga perlu dipulihkan segera demi menjaga nama baik kebanggaan negara,” katanya lagi.
Jelas Shahrir, serangan Dr Mahathir terhadap MAB langsung tidak memberi manfaat kepada negara sebaliknya hanyalah untuk menanam kebencian terhadap Najib.
“Tun Mahathir akan terus memutarbelitkan, membohongi, mengelirukan, membuat perubahan dan bertentangan dengan dirinya untuk mencapai agenda peribadinya. Ia bukanlah demi kepentingan sesiapa tetapi semuanya hanyalah tentang dirinya sendiri,"katanya.

Sekianlah artikel Isu serangan 'main tembak' Dr Mahathir pasal bekas CEO MAS...Shahrir bersuara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Isu serangan 'main tembak' Dr Mahathir pasal bekas CEO MAS...Shahrir bersuara linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/isu-serangan-main-tembak-dr-mahathir.html
0 Response to "Isu serangan 'main tembak' Dr Mahathir pasal bekas CEO MAS...Shahrir bersuara"
Posting Komentar