Judul : Istana Johor Belum Perkenan Mengadap Jamil Khir Dan JAKIM
link : Istana Johor Belum Perkenan Mengadap Jamil Khir Dan JAKIM
Istana Johor Belum Perkenan Mengadap Jamil Khir Dan JAKIM
Istana Johor Belum Perkenan Mengadap Jamil Khir Dan JAKIM. Istana Johor masih belum memberi perkenan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengadap berhubung isu ceramah pegawai kadernya, Zamihan Mat Zin.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, surat permohonan mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sudah dihantar.
Istana Johor Belum Perkenan Mengadap Jamil Khir Dan JAKIM. “InsyaAllah, apabila tuanku memberi titah untuk mengadap, kita akan mengadap,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Jakim hari ini.
Pada 14 Oktober, Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha berkata beliau akan memohon untuk mengadap Sultan Johor bersama Jamil, selepas Sultan Ibrahim melarang Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) berurusan dengan Jakim.
Larangan itu dikeluarkan selepas Jakim mengesahkan Zamihan adalah pegawai kader mereka. Zamihan mengundang kontroversi kerana ceramah yang mengandungi perkataan bersifat “rasis”, kurang beradab dan kritikan melampau terhadap institusi diraja.
Sultan Ibrahim turut mengarahkan Jakim tidak lagi memberikan pandangan dalam urusan agama Islam kepada Johor.
Istana Johor Belum Perkenan Mengadap Jamil Khir Dan JAKIM
Jamil enggan mengulas panjang ketika ditanya megenai kesan Jainj memutuskan hubungan dengan Jakim, dan bagaimana jika langkah itu diikuti negeri lain.
“Hal agama adalah di bawah bidang kuasa negeri, sebab itu semua kena tahu bahawa hal agama di bawah negeri. Tidak usah ulas banyak, saya hanya kata ia di bawah negeri sahaja,” katanya.
Jakim yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan hal ehwal Islam dan pembangunan ummah secara nasional.
Sebelum itu Jamil dalam ucapan di majlis penyerahan sumbangan kepada NGO Islam berkata Jakim tidak mempunyai hak di sisi undang-undang dalam hal ehwal agama Islam di peringkat negeri.
“Undang-undang adalah di bawah kuasa negeri. Penguatkuasaan pun di bawah negeri, bahkan tangkapan juga di bawah bidang kuasa negeri,” katanya.
Istana Johor Belum Perkenan Mengadap Jamil Khir Dan JAKIM
Dalam satu video yang tular baru-baru ini, Zamihan mengkritik Sultan Johor kerana mengarahkan seorang pengusaha dobi layan diri di Muar menghentikan dasar “mesra Muslim” dan menganggap orang bukan Islam tidak bersih.
“Ada sultan kata ‘dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negeri beta’, dan ‘ini bukan negeri Taliban…’? Tak patut Tuanku Sultan cakap macam itu,” katanya dalam kuliah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam, pada 8 Oktober.
“Cina biasa kencing berak tak basuh. Bagaimana tentang darah haid mereka, pada pakaian dalam mereka, peluk dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi. Itu semua sinonim dengan mereka,” katanya sambil mencabar rakaman ucapannya ditunjukkan kepada pihak atasan, termasuk sultan.
“Silakan! Apa kita nak takut kalau kita bercakap menjunjung kebenaran?” katanya.
Istana Johor Belum Perkenan Mengadap Jamil Khir Dan JAKIM. Tidak lama kemudian, raja-raja Melayu mengecam dasar perniagaan untuk “orang Islam sahaja” termasuk kontroversi dobi “mesra Muslim” di Johor dan seumpamanya di Perlis sebagai tindakan bersifat keterlaluan, boleh menjejaskan keharmonian dan membawa implikasi lebih mendalam sekiranya bersabit dengan dan dilakukan atas nama Islam. - fmt
Iklan
Istana Johor Belum Perkenan Mengadap Jamil Khir Dan JAKIM
Sekianlah artikel Istana Johor Belum Perkenan Mengadap Jamil Khir Dan JAKIM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Istana Johor Belum Perkenan Mengadap Jamil Khir Dan JAKIM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/istana-johor-belum-perkenan-mengadap.html
0 Response to "Istana Johor Belum Perkenan Mengadap Jamil Khir Dan JAKIM"
Posting Komentar