Judul : DAP Sokong Ketegasan Azmin Pertahan Hak Semua Kaum Di Selangor
link : DAP Sokong Ketegasan Azmin Pertahan Hak Semua Kaum Di Selangor
DAP Sokong Ketegasan Azmin Pertahan Hak Semua Kaum Di Selangor
SHAH ALAM – Kelulusan permohonan pesta makanan dan minuman Jerman yang membabitkan minuman keras yang akan diadakan di Centro Mall pada 12 dan 13 Oktober ini telah diberi kelulusan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) bukannya kerajaan negeri.
Exco Pelaburan Perindustrian (IKS), Perdagangan dan Pengangkutan Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, pihak yang berkuasa untuk meluluskan permohonan itu adalah MPK bukan kerajaan negeri kerana itu adalah bidang kuasa mereka mengikut undang-undang yang sedia ada.
“Permohonan tersebut telah mendapat sokongan daripada polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara melalui surat bertarikh 14 September lalu yang telah menyatakan bahawa mereka tiada apa-apa halangan dan menyokong permohonan ini dengan bersyarat.
“Perkara ini telah dibentangkan kepada pihak MPK dan mereka telah mempertimbangkan perkara-perkara lain juga sebelum meluluskan,” katanya.
Sambil mengaitkan Oktoberfest yang dijangka diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Naib Pengerusi DAP Selangor itu berkata, ini adalah satu demokrasi, jadi sesiapa sahaja mempunyai hak untuk membantah.
“Bagaimanapun pihak yang membuat permohonan juga mempunyai hak untuk meneruskan permohonan selagi ia tidak menyalahi undang-undang.
“Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga ada buat kenyataan bahawa kerajaan negeri akan mempertahankan hak semua kaum dan agama, semua permohonan perlu mengikut undang-undang, itu juga adalah satu dasar kerajaan negeri,” katanya.
Katanya lagi, jadi tiada isu bahawa kerajaan negeri meluluskan permohonan di peringkat mana-mana kerana permohonan tidak akan dikemukakan kepada kerajaan negeri.
“Sebaliknya permohonan mesti dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu dalam Selangor MPK dan MBPJ.
“Jadi mana-mana pihak yang menuduh kerajaan negeri meluluskannya adalah tidak benar, tetapi kita hanya menyatakan pendirian dari segi undang-undang beri kuasa kepada pihak berkenaan untuk mengenakan syarat-syarat,” katanya,
Sementara itu, Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, kelulusan penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman diberikan kepada Centro Mall memandangkan ia merupakan acara persendirian yang diadakan di premis persendirian.
“Namun begitu, mereka perlu mendapat permit atau kelulusan pihak lain seperti Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan PDRM.
“Pada masa sama, penganjur juga harus mematuhi beberapa syarat, termasuk melarang kemasukan umat Islam ke kawasan penganjuran acara itu,” katanya pada sidang media ketika mesyuarat bulanan MPK, di sini.
Katanya, pihak majlis turut melarang penganjur menggunakan perkataan Oktoberfest – SH

Sekianlah artikel DAP Sokong Ketegasan Azmin Pertahan Hak Semua Kaum Di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca DAP Sokong Ketegasan Azmin Pertahan Hak Semua Kaum Di Selangor linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/dap-sokong-ketegasan-azmin-pertahan-hak.html
0 Response to "DAP Sokong Ketegasan Azmin Pertahan Hak Semua Kaum Di Selangor"
Posting Komentar