Judul : Melaka Gateway - Agenda Ketenteraan China?
link : Melaka Gateway - Agenda Ketenteraan China?
Melaka Gateway - Agenda Ketenteraan China?
Melaka Gateway - Agenda Ketenteraan China? Sebuah akhbar China berbahasa Inggeris menolak dakwaan seorang pakar Singapura yang menuduh Beijing mempunyai agenda ketenteraan dalam projek pelabuhan Melaka bernilai RM43 bilion, dan menambah ia lahir daripada kebimbangan Melaka bakal mengambil alih Singapura sebagai pelabuhan terbesar di rantau itu.
“Dengan menokok tambah dakwaan mengenai isu ketenteraan, Singapura berharap membangkitkan lebih banyak bantahan ke atas projek itu, khususnya dari dalam Malaysia,” menurut akhbar pro-Beijing Global Times dalam laporannya memetik pakar China.
Melaka Gateway - Agenda Ketenteraan China? “Singapura, seperti ramai lain yang sangsi terhadap aktiviti ekonomi China di negara luar, memandang rendah pertimbangan kerajaan Malaysia dalam mengalu-alukan kesanggupan China bekerjasama.
“Sekiranya pelabuhan itu boleh mendedahkan negara itu kepada risiko geopolitik, bagaimana mungkin Kuala Lumpur bersetuju dan percaya dengan masa depan (projek itu)?” soal akhbar itu.
Pembinaan pelabuhan Melaka sebahagian daripada projek “Melaka Gateway” yang melibatkan syarikat jana kuasa gergasi PowerChina International, dan merupakan antara pelbagai usaha sama ekonomi dengan China yang dijalinkan selepas lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Beijing awal bulan ini.
Projek yang dijangka siap pada 2025 itu diharapkan dapat mengurangkan beban Pelabuhan Klang, di samping menarik lebih 100,000 kapal kebanyakannya milik China.
Melaka Gateway - Agenda Ketenteraan China?
Bagaimanapun, akhbar Singapura, The Straits Times baru-baru ini memetik seorang pemerhati politik yang melahirkan kebimbangan projek itu lebih merupakan agenda Beijing mempertahankan kepentingannya di Selat Melaka.
“Ada elemen strategik mengenai Selat Melaka,” kata pakar hubungan Malaysia-China, Dr Johan Saravanamuttu dari S. Rajaratnam School of International Studies.
“Ia selalunya bermula dengan penglibatan ekonomi, yang boleh bertukar kepada ketenteraan, kerana China terpanggil memastikan keselamatan semua kapal dagangnya,” katanya.
Global Times berkata kemaraan ekonomi China digambarkan media barat seolah-olah rancangan negara itu menakluk negara lain.
Melaka Gateway - Agenda Ketenteraan China?
“Singapura tidak pernah memahami apa yang berbeza dalam kemunculan China. Keraguan para pengkritik hanyalah berdasarkan spekulasi semata-mata. China tidak berniat menjadikan pelaburan asingnya sebagai pengkalan tentera,” katanya, dan menambah satu-satunya tujuan Beijing melebarkan sayapnya ialah untuk meningkatkan hubungan negara lain dengan China yang berperanan sebagai penyumbang “dan bukan mendominasi hal ehwal antarabangsa”.
Susulan lawatannya ke China yang menyaksikan 14 perjanjian perdagangan bernilai RM144 bilion dimeterai, Najib mempertahankan beberapa pemberian kontrak kepada syarikat China.
Melaka Gateway - Agenda Ketenteraan China? Ia di sebalik kritikan Malaysia semakin bergantung kepada Beijing, dan spekulasi kecenderungan Putrajaya kepada Beijing sebagai balasan kepada sokongan dana China bagi membantu melangsaikan hutang 1MDB, syarikat milik negara yang terpalit skandal termasuk siasatan pihak berkuasa di Amerika Syarikat, Singapura dan Switzerland. - fmt
Iklan
Melaka Gateway - Agenda Ketenteraan China?
Sekianlah artikel Melaka Gateway - Agenda Ketenteraan China? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Melaka Gateway - Agenda Ketenteraan China? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2016/11/melaka-gateway-agenda-ketenteraan-china.html
0 Response to "Melaka Gateway - Agenda Ketenteraan China?"
Posting Komentar