BEKAS PENYOKONG DAP TOLAK KIT SIANG JADI PM

BEKAS PENYOKONG DAP TOLAK KIT SIANG JADI PM - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BEKAS PENYOKONG DAP TOLAK KIT SIANG JADI PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BEKAS PENYOKONG DAP TOLAK KIT SIANG JADI PM
link : BEKAS PENYOKONG DAP TOLAK KIT SIANG JADI PM

Baca juga


BEKAS PENYOKONG DAP TOLAK KIT SIANG JADI PM

Penasihat DAP, Lim Kit Siang masih belum mampu untuk diangkat menjadi Perdana Menteri, malah tindakan tersebut hanya akan mendatangkan huru – hara dalam kalangan anggota Pakatan Harapan (PH).

Menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee, ia berikutan kurangnya pengalaman pemimpin DAP itu, termasuk tidak pernah menyandang mana-mana jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri selain parti.

“Kit Siang tidak pernah menjadi menteri atau memegang jawatan Exco, jadi bagaimana kita boleh menilai beliau akan menjadi Perdana Menteri yang lebih baik.

“Malah, sekiranya Kit Siang dilantik sebagai Perdana Menteri dikhuatiri Pakatan Harapan juga akan menjadi huru-hara dan tahapnya tidak dapat dijangkakan,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Sementara itu, bekas ahli DAP seumur hidup, Shahmsher Singh Thind turut menyatakan pendirian yang sama, malah menempelak kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap pencalonan Kit Siang sebagai Perdana Menteri.

“Saya tidak pasti sama ada Zaid sedang mengipas Kit Siang untuk mendapat kerusi bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 atau diupah untuk menamatkan riwayat politik pemimpin veteran itu dengan membuat kenyataan sedemikian, jika benar dibuat olehnya,” kata beliau.

Menurutnya lagi, Zaid dan Kit Siang tidak layak mempertikaikan mengenai isu kepercayaan kerana kedua-dua pemimpin itu sedang bekerjasama dengan individu yang sebelum ini pernah menuduh mereka melakukan salah guna kuasa dan rasuah.

“Mungkin Zaid terlupa bahawa UMNO sekarang yang dikatakan rasis adalah diwujudkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1988,” tegasnya.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy bertindak ‘melambung’ Kit Siang sebagai calon paling layak untuk dijadikan pemimpin nombor satu negara.

Disamping menyifatkan Kit Siang sebagai pemimpin agung, Ramasamy juga menganggap Ahli Parlimen Gelang Patah itu sebagai terbaik dan paling layak daripada pemimpin lain.


BEKAS PENYOKONG DAP TOLAK KIT SIANG JADI PM

Sekianlah artikel BEKAS PENYOKONG DAP TOLAK KIT SIANG JADI PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca BEKAS PENYOKONG DAP TOLAK KIT SIANG JADI PM linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/bekas-penyokong-dap-tolak-kit-siang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BEKAS PENYOKONG DAP TOLAK KIT SIANG JADI PM"

Posting Komentar