Judul : Bank Negara Dedah Taktik Pengganas Pindah Dana
link : Bank Negara Dedah Taktik Pengganas Pindah Dana
Bank Negara Dedah Taktik Pengganas Pindah Dana
Bank Negara Dedah Taktik Pengganas Pindah Dana. Bank Negara Malaysia memberi amaran kumpulan pengganas menggunakan mata wang kripto dan kemajuan teknologi untuk mengelakkan pemindahan wang mereka dikesan pihak berkuasa.
Penolong Gabenor Abu Hassan Alshari Yahaya berkata itu menjadi modus operandi baharu kumpulan pengganas.
Bank Negara Dedah Taktik Pengganas Pindah Dana. “Ini fenomena sejagat. Mereka boleh menggunakan mod bayaran baharu dan cara lain untuk memudahkan pemindahan dana.
“Bagi kita di Malaysia, kita memiliki pengurup wang dan institusi lain yang tertakluk kepada kawalan ketat.
“Mereka (pengganas) akan mencari mod baharu untuk elak pemeriksaan,” katanya selepas menutup Persidangan Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Terorisme Antarabangsa ke-9 hari ini.
Mata wang kripto seperti Bitcoin merupakan aset digital yang direka sebagai perantara tukaran digital, menggunakan kriptografi untuk melindungi transaksi.
Abu Hassan berkata pengganas tidak perlukan dana yang besar untuk menjalankan aktiviti.
Bank Negara Dedah Taktik Pengganas Pindah Dana
“Mereka mungkin menggunakan kemajuan teknologi dan kaedah pembayaran baharu untuk memindahkan wang,” katanya, dan menambah mereka akan menggunakan apa sahaja peluang yang ada.
Menurut Abu Hassan, Bank Negara, bank dan penguatkuasa undang-undang sedar masalah itu dan sedang mengukuhkan unit masing-masing untuk menangani isu itu.
Antara caranya ialah menubuhkan unit pematuhan, katanya.
Beliau akui kaedah pembayaran baharu itu mempunyai risiko, tetapi dengan mencipta kesedaran mengenai isu itu, pihak berkuasa lebih proaktif dan lebih bersedia mengesan masalah itu.
Bank Negara Dedah Taktik Pengganas Pindah Dana. Bank Negara dan 16 agensi lain termasuk penguatkuasa undang-undang mengadakan mensyuarat untuk mengambil beberapa tindakan di bawah undang-undang pengubahan wang, tambahnya. - fmt
Iklan
Bank Negara Dedah Taktik Pengganas Pindah Dana
Sekianlah artikel Bank Negara Dedah Taktik Pengganas Pindah Dana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Bank Negara Dedah Taktik Pengganas Pindah Dana linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/bank-negara-dedah-taktik-pengganas.html
0 Response to "Bank Negara Dedah Taktik Pengganas Pindah Dana"
Posting Komentar