Azmin MB ‘cap ayam’ tergamak robohkan rumah bekas peg. masjid

Azmin MB ‘cap ayam’ tergamak robohkan rumah bekas peg. masjid - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin MB ‘cap ayam’ tergamak robohkan rumah bekas peg. masjid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin MB ‘cap ayam’ tergamak robohkan rumah bekas peg. masjid
link : Azmin MB ‘cap ayam’ tergamak robohkan rumah bekas peg. masjid

Baca juga


Azmin MB ‘cap ayam’ tergamak robohkan rumah bekas peg. masjid

Kerajaan Selangor yang diterajui PKR dikecam kerana tidak meletakkan kepentingan rakyat negeri itu sebagai keutamaan sehingga tergamak melakukan kezaliman.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar menyelar tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak menggunakan kuasanya untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan dua rumah bekas Pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang semalam.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar bercakap pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perumahan dan Hartanah Kebangsaan ke-20 di Sunway Resort and Spa

“Itu saya cakap Azmin ni menteri cap ayam. Takkanlah dia tak boleh guna kuasa dia arah PBT untuk menghentikan kerja meroboh itu.

“Ini nampak sangat PBT lebih berkuasa daripada Menteri Besar. Dia boleh sahaja buat satu panggilan untuk mengarahkan kerja meroboh itu berhenti.

“Sepatutnya kalau kerajaan negeri cakap mereka tu peduli rakyat, sediakanlah rumah lain terlebih dahulu, beri masa mereka berpindah, ini tidak, sanggup robohkan juga. Di mana perikemanusiaan dia,” selar Noh.

Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkata demikian kepada media selepas merasmikan sidang kemuncak perumahan dan hartanah nasional kali ke 20, di Bandar Sunway, pada Khamis.

Noh juga membidas Azmin yang seolah-olah membaling batu sembunyikan tangan apabila dilihat cuba meraih populariti dengan menawarkan rumah lain untuk dua bekas pegawai masjid selepas merobohkan kediaman mereka.

“Ini yang dikatakan buat jahat dulu, buat baik kemudian. Roboh dulu lepas tu tunjuk baik nak beri rumah.

“Sepatutnya sediakan rumah dulu, barulah robohkan. Di mana mereka itu nak tinggal selepas itu? Tak ada langsung bertimbang rasa.

Menurutnya, KPKT telah dimaklumkan perkara itu oleh ADUN Kota Damansara Datuk Halimaton Saadiah Bohan pada minggu lalu.

“Saya sedia maklum, dan telah bersedia menawarkan rumah PPR Lembah Subang 2 kepada mereka. Tetapi perlu mengambil sedikit masa.

“Dan saya mengarahkan Halimaton memberi surat kepada PBT tersebut untuk membuat penangguhan merobohkan dua rumah tersebut,” jelasnya.

Semalam, dua rumah tersebut telah dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling.

Sebelum itu pada Mac lalu, dilaporkan dua bekas ahli jawatankuasa masjid itu pernah menghantar memorandum kepada Azmin untuk menggesa beliau tidak membenarkan MAHB selaku syarikat swasta menggunakan pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Petaling bagi tujuan perobohan.

Difahamkan kedua-dua mereka yang menjadi ahli jawatankuasa masjid itu selama lebih dua dekad telah diarahkan untuk mengosongkan kediaman mereka tanpa pampasan yang wajar daripada MAHB.


Azmin MB ‘cap ayam’ tergamak robohkan rumah bekas peg. masjid

Sekianlah artikel Azmin MB ‘cap ayam’ tergamak robohkan rumah bekas peg. masjid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Azmin MB ‘cap ayam’ tergamak robohkan rumah bekas peg. masjid linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/10/azmin-mb-cap-ayam-tergamak-robohkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azmin MB ‘cap ayam’ tergamak robohkan rumah bekas peg. masjid"

Posting Komentar