White House bakal isytihar Soros sebagai pengganas

White House bakal isytihar Soros sebagai pengganas - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul White House bakal isytihar Soros sebagai pengganas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : White House bakal isytihar Soros sebagai pengganas
link : White House bakal isytihar Soros sebagai pengganas

Baca juga


White House bakal isytihar Soros sebagai pengganas

Lebih 100,000 rakyat Amerika Syarikat (AS) menandatangani petisyen yang meminta White House mengisytiharkan penyangak mata wang, George Soros sebagai pengganas domestik.

Akhbar The Washington Post melaporkan, petisyen itu telah disiarkan dalam seksyen We The People di laman sesawang milik pusat pentadbiran negara itu pada 20 Ogos lalu yang memerlukan lebih 100,000 tandatangan dalam tempoh 30 hari bagi mendapatkan maklum balas rasmi.

Namun, pada awal petang Sabtu lalu, petisyen itu telah ditandatangani secara digital lebih 110,000 kali.

“George Soros dengan sengaja dan berterusan cuba menjejaskan kestabilan dan terlibat dengan perbuatan menghasut terhadap AS dan rakyatnya.

“Dalam petisyen itu menyatakan, Soros didakwa mewujudkan dan membiayai organisasi yang semata-mata memudahkan keruntuhan sistem dan Kerajaan Berperlembagaan AS,” menurut laporan akhbar itu.

Seksyen We The People dilancarkan oleh Barack Obama semasa masih Presiden AS pada 2011. Seksyen itu merupakan sebuah portal yang membolehkan sesiapa sahaja untuk mendaftar masuk ke laman sesawang White House serta menyiarkan petisyen yang akan mendapat maklum balas di peringkat kerajaan.

Sebelum ini, tiada mana-mana petisyen yang melepasi 100,000 tandatangan mendapat jawapan balas daripada kerajaan Presiden AS baharu, Donald Trump.

Terdapat beberapa petisyen yang masih dalam senarai menunggu untuk mendapat maklum balas kerajaan negara itu iaitu mengenai pulangan cukai Trump yang menerima lebih 1.1 juta tandatangan dan petisyen yang meminta AS mengiktiraf Antifa iaitu gerakan antifasis sebagai kumpulan pengganas yang menerima lebih 300,000 tandatangan.

Menurut salah seorang yang menandatangani petisyen, Soros telah membangunkan pengaruh yang tidak sihat terhadap seluruh Parti Demokrat dan sebahagian besar kerajaan persekutuan AS.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Kehakiman AS perlu segera mengisytihar Soros dan semua organisasinya sebagai pengganas domestik.


White House bakal isytihar Soros sebagai pengganas

Sekianlah artikel White House bakal isytihar Soros sebagai pengganas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca White House bakal isytihar Soros sebagai pengganas linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/white-house-bakal-isytihar-soros.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "White House bakal isytihar Soros sebagai pengganas"

Posting Komentar