PRU14 akan jadi kekalahan keempat Mat Sabu, jangka PAS

PRU14 akan jadi kekalahan keempat Mat Sabu, jangka PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14 akan jadi kekalahan keempat Mat Sabu, jangka PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14 akan jadi kekalahan keempat Mat Sabu, jangka PAS
link : PRU14 akan jadi kekalahan keempat Mat Sabu, jangka PAS

Baca juga


PRU14 akan jadi kekalahan keempat Mat Sabu, jangka PAS

SHAH ALAM: Presiden Amanah, Mohamad Sabu akan kalah buat kali keempat jika beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini, jangka Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Mohamad Sabu atau dikenali Mat Sabu, menurut Zuhdi tidak akan menang di mana-mana pun kerusi walaupun kini mempunyai 'kuasa' baru sebagai presiden Amanah.

"Sejarah pertandingan Mat Sabu, sejak pilihan raya terakhir beliau tak menang, walaupun bertanding di kubu kuat PAS seperti di Pendang dan Kuala Terengganu.

"Walaupun beliau sebagai Presiden Amanah dan boleh bertanding di mana-mana tetapi peluang hendak menang itu tipis.

"Terutama dalam konteks Amanah sekarang, sokongan terhadap parti itu amat rendah, sebagaimana disebut kajian IDE baru-baru ini bahawa sokongan parti itu sekitar satu peratus sahaja," ujarnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Zuhdi mengulas kenyataan Mat Sabu semalam, kononnya banyak perwakilan negeri mencadangkan namanya untuk bertanding dalam PRU14.

Bekas timbalan presiden PAS itu menyatakan keyakinan terhadap kemenangan selepas mendakwa sokongan terhadap Amanah kini semakin meningkat.

Untuk rekod, Mat Sabu tewas dalam dua pilihan umum terakhir, iaitu pada 2013 dan 2008, di Pendang dan Kuala Terengganu yang disifatkan antara kubu kuat PAS.

PAS juga pernah mencalonkan Mat Sabu di Kuala Kedah pada pilihan raya umum tahun 2004, namun beliau kalah kepada calon Barisan Nasional (BN).

Mat Sabu pernah menang di kerusi Kuala Kedah dan Kubang Kerian, masing-masing pada Pilihan Raya Umum pada tahun 1999 dan 1995.

"Peluang Amanah menang dalam PRU14 amat tipis. Ia hanya cuba untuk kacau undi PAS," demikian respon Zuhdi lagi.

Baru-baru ini Mat Sabu, ketika merasmikan Konvensyen Amanah Selangor menjangkakan PAS bakal kalah teruk dalam PRU14 terutama di negeri-negeri pantai barat.

Beliau mendakwa PAS bukan lagi menjadi calon utama yang bakal diundi oleh rakyat selepas parti itu tidak lagi bersama Pakatan Harapan (PH).


PRU14 akan jadi kekalahan keempat Mat Sabu, jangka PAS

Sekianlah artikel PRU14 akan jadi kekalahan keempat Mat Sabu, jangka PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PRU14 akan jadi kekalahan keempat Mat Sabu, jangka PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/pru14-akan-jadi-kekalahan-keempat-mat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRU14 akan jadi kekalahan keempat Mat Sabu, jangka PAS"

Posting Komentar