PH bukan lantik dua naib presiden baru tapi boneka - Penganalisis

PH bukan lantik dua naib presiden baru tapi boneka - Penganalisis - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH bukan lantik dua naib presiden baru tapi boneka - Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH bukan lantik dua naib presiden baru tapi boneka - Penganalisis
link : PH bukan lantik dua naib presiden baru tapi boneka - Penganalisis

Baca juga


PH bukan lantik dua naib presiden baru tapi boneka - Penganalisis

SHAH ALAM: Dua pemimpin pembangkang yang baru dilantik sebagai Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) tidak ubah seperti boneka yang hanya 'menghiasi' senarai kepimpinan gabungan pembangkang itu, dakwa seorang penganalisis politik.

Pensyarah kanan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Edwin Michael berkata pelantikan tersebut dibuat semata-mata untuk menyedapkan hati penyokong mereka selepas mendapat 'tekanan' tertentu demi membuktikan bahawa PH tetap mengambil berat terhadap dua golongan berkenaan.

"Mereka (sebenarnya) tidak mengiktiraf peranan masyarakat India dan komuniti di Sabah daripada awal lagi. Mereka terpaksa meletakkan dua boneka ini semata-mata untuk sedapkan penyokong mereka.

"Baru kini mereka letakkan dua orang yang dikatakan wakil masyarakat India dan masyarakat Sabah. Kenapa sekarang, persoalannya.

"Saya rasa ini kerana tekanan daripada Barisan Nasional (BN) juga, selepas itu baru mereka sedar bahawa ada sesuatu tertinggal, dan mula membuat rombakan. Dua boneka ini sekadar menyedapkan mata kononnya masyarakat India dan kaum etnik di Sabah diberi peranan dalam PH," katanya kepada Antarapos.

PH semalam mengumumkan pelantikan M. Kulasegaran (DAP) dan Christina Liew (PKR) sebagai dua lagi naib presiden gagasan itu, sebagai mewakili kaum India dan Sabah.

Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengumumkan perkara itu tidak pula menjelaskan mengapa baru sekarang pelantikan itu dibuat.

Dengan pelantikan Kulasegaran dan Christina , PH kini mempunya enam orang naib presiden termasuklah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PPBM), Chong Chieng Jien (DAP) dan Salahahuddin Ayub (Amanah).

Dalam pada itu, Edwin berkata kewujudan terlalu banyak jawatan dalam gabungan berkenaan tidak akan memberi makna sekiranya tiada 'blueprint' jelas yang disediakan sebagai bukti untuk meyakinkan pengundi kepada gabungan tersebut.

"Misalnya kita lihat Kulasegaran yang dikatakan mewakili kaum India. BN sudah mempunyai blueprint untuk masyarakat India. Di mana blueprint untuk masyarakat India daripada Pakatan Harapan? Tiada," kata beliau lagi.

"Sebab itu saya katakan bahawa blueprint ini sangat penting kerana itu satu petanda membuktikan parti politik memainkan peranan penting dalam mengiktiraf sesuatu komuniti," ujar beliau.


PH bukan lantik dua naib presiden baru tapi boneka - Penganalisis

Sekianlah artikel PH bukan lantik dua naib presiden baru tapi boneka - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PH bukan lantik dua naib presiden baru tapi boneka - Penganalisis linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/ph-bukan-lantik-dua-naib-presiden-baru_13.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PH bukan lantik dua naib presiden baru tapi boneka - Penganalisis"

Posting Komentar