Judul : Perlantikan Raja Baharin Sebagai Pengerusi PH Terengganu Dipertikai
link : Perlantikan Raja Baharin Sebagai Pengerusi PH Terengganu Dipertikai
Perlantikan Raja Baharin Sebagai Pengerusi PH Terengganu Dipertikai
Pengerusi NGO DESAK Terengganu, Othman Ismail mendedahkan terdapat pertikaian Pengerusi Amanah negeri Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri.
Dedahnya terdapat empat nama yang dicalonkan untuk menjawat jawatan itu, Eng Chai Hing (Pengerusi DAP negeri), Datuk Razali Idris (Pengerusi PPBM negeri), Azan Ismail (Pengerusi PKR negeri) dan Raja Kamarul Baharin (Pengerusi Amanah negeri).
Namun, Chai Hing menarik diri daripada dicalonkan yang menyebabkan berlaku persaingan terbuka antara calon PPBM, Amanah dan PKR untuk merebut jawatan itu.
“Daripada 3 calon lain tu, hanya Raja Baharin berjaya mendapat sokongn padu 100% daripada kesemua 8 ketua Amanah kawasan/bahagian walaupun beliau (Raja Baharin) sendiri tidak ketuai mana-mana kawasan.
“Sementara Dato Razali hanya disokong oleh 4 ketua bahagian PPBM sahaja termasuk bahagian yang dketuainya sendiri iaitu Bahagian Kuala Nerus.
“Begitu juga dengan Azan juga hanya mendapat sokongn daripada 3 ketua cabang PKR sahaja termasuk cabangnya sendiri iaitu Kuala Terengganu. Sementelah lagi cabang Besut dan Setiu dibatalkan pendaftarannya oleh ROS,”kenyataan Othman Ismail@RCML yang menjadi viral di media sosial dipetik.
Dedahnya, Azan tidak disokong sepenuhnya oleh cabang PKR kerana beliau menunjukkan sikap anti-kartel yang merujuk kepada kumpulan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Mesyuarat terakhir untuk membentuk Sekretariat PH Terengganu pada awal Ogos gagal mencapai kata sepakat sama ada memilih pengerusi asal iaitu Raja Baharin atau Azan Ismail.
“Setiap parti diwakili masing-masing oleh 4 orang dalam perjumpaan itu. Sementara Amanah dan DAP solid sokong Raja Baharin, PKR pula solid maukan Azan. PPBM terbahagi dua iaitu seri dalam mnyokong antara kedua-dua calon tersebut.
“Dengan keadaan ini, gambaran jelas kelihatan Raja Baharin lebih mendapat sokongn majoriti ahli-ahli mesyuarat. Jadi sepatutnya tidak timbul isu perlu dibawa kepada Majlis Presiden PH untuk membuat perlantikan. Apatah lagi Majlis Presiden telah pun turunkan kuasa perlantikan sebelum ini kepada PH negeri-negeri,”katanya.
Perlantikan Raja Baharin Sebagai Pengerusi PH Terengganu Dipertikai
Sekianlah artikel Perlantikan Raja Baharin Sebagai Pengerusi PH Terengganu Dipertikai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Perlantikan Raja Baharin Sebagai Pengerusi PH Terengganu Dipertikai linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/perlantikan-raja-baharin-sebagai.html
0 Response to "Perlantikan Raja Baharin Sebagai Pengerusi PH Terengganu Dipertikai"
Posting Komentar