Nurul Izzah, Syed Saddiq bertanding di Johor?

Nurul Izzah, Syed Saddiq bertanding di Johor? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nurul Izzah, Syed Saddiq bertanding di Johor?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nurul Izzah, Syed Saddiq bertanding di Johor?
link : Nurul Izzah, Syed Saddiq bertanding di Johor?

Baca juga


Nurul Izzah, Syed Saddiq bertanding di Johor?

Sekurang-kurangnya empat pemimpin utama Pakatan Harapan dipercayai bakal bertanding di Selatan  tanah air pada PRU-14.

Pemimpin yang dimaksudkan ialah penyandang parlimen Pagoh,Tan Sri Muhyiddin Yassin, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Memetik laporan akhbar Oriental Daily, tindakan pakatan pembangkang untuk meletakkan tokoh kanan bertanding di Johor adalah bagi membuktikan kesungguhan mereka untuk menggempur kubu kuat UMNO seperti yang berlaku pada PRU-13.

Analisis yang dibuat oleh akhbar berkenaan juga menunjukkan penubuhan PPBM oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin tidak mencetuskan gelombang ahli UMNO keluar secara beramai-rama, tetapi tidak bermakna parti keramat itu mampu meneruskan pencapaiannya seperti PRU lalu.

Pada PRU lalu, pakatan pembangkang menggunakan strategi serupa dengan meletakkan ramai pemimpin kanan di negeri itu dan memperoleh rekod terbaik apabila memenangi lima kerusi daripada 26 kerusi parlimen.

Akhbar itu yang memetik sumber yang berkata Ahli Parlimen Gelang Patah, Kit Siang dikatakan akan bertanding di selatan Johor, sementara Muhyiddin mengetuai barisan pembangkang di utara Johor.

Selain itu, Salahuddin dipercayai akan terus bertanding di salah satu kerusi parlimen negeri berkenaan.

Manakala PKR dikatakan akan meletakkan beberapa pemimpin utamanya seperti Nurul Izzah, Ketua Penerangan, Syed Ibrahim Syed Noh dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk menghadapi tentangan daripada UMNO.

Akhbar itu juga menyebut bahawa  Kit Siang akan kekal bertanding di selatan Johor, kemungkinan akan terus mempertahankan kerusinya di Gelang Patah ataupun di Johor Bahru.

Selain itu, Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman difahamkan akan dipilih bertanding di Johor.

“Kini semuanya tertumpu pada PPBM. Kemungkinan lebih ramai pemimpin peringkat tertinggi bertanding di Johor, terutama di sebelah selatan,” lapor akhbar itu.


Nurul Izzah, Syed Saddiq bertanding di Johor?

Sekianlah artikel Nurul Izzah, Syed Saddiq bertanding di Johor? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Nurul Izzah, Syed Saddiq bertanding di Johor? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/09/nurul-izzah-syed-saddiq-bertanding-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nurul Izzah, Syed Saddiq bertanding di Johor?"

Posting Komentar